Thursday, March 31, 2011

Ujian

Bulan Mac selalu memberikan saya nasib yang kurang baik.
Pelbagai dugaan datang apabila tibanya Mac.
Saya sendiri tidak pasti, adakah itu dugaan ataupun perkara buruk yang datang akibat kelalaian saya sebagai seorang manusia yang selalu alpa dengan kehebatanNya?

Sebagai manusia yang sering diuji, saya selalu dimomokkan dengan pelbagai cerita hidup bahagia oleh kawan-kawan dengan secara sengaja dan juga tidak sengaja.

Bertanya pada diri sendiri dan datangnya dari hati yang kosong tidak bertepi, soalan ini selalu berlegar-legar diruang fikiran saya..
"Bernasib baikkah anda? Ataupun ujian yang Tuhan berikan tidak sama dan tidak seteruk dengan ujian yang saya terima? "

Mempersoalkan ujian Tuhan pada setiap insan di muka bumi ini sangat tidak patut, saya rasa.
Manusia yang mudah lupa, itulah saya.
Justeru itu, Tuhan selalu memberikan saya peringatan secara langsungnya membuatkan saya terfikir.

Manusia lain nampaknya hidup aman bahagia..langsung bagai tiada masalah!
Menagapa saya diuji sedemikian rupa?

Lantas, hati dengan akal yang sedang sehat pandangannya menjawab
"Its your pay back time, bitch!"

Manusia selalu berkata...
"Setiap nikmat yang ditarik dari tuhan akan digantikan dengan kenikmatan yang lain..yang lagi hebat!"
dan juga
"Yang baik itu akan datang dariNya..Bersabarlah.."

Hati bungkam.
Bila akal dan hati bertelagah memikirkan kebenaran ayat-ayat tersebut.
Berusaha untuk menerima ujian dan dugaan yang diselangselikan dengan tertawaan manusia sekeliling.

Moga sinar cahaya datang menerangi kehidupan suram yang mana ianya masih lagi tidak kunjung tiba.
Melankoli hati dan juga perasaan masih lagi bertamu dalam diri.
Harapan semoga ia kelak akan berakhir.

Tuesday, March 29, 2011

Monday, March 28, 2011

JK

Dear All my JK friends,

Specially dedicated for you guys..

Bear in mind that you are not alone..
I feel you, baby! ;-)
Hahahahahahhaahahaha

Friday, March 25, 2011

Apa anda buat bila anda stress?

  • Diam?
  • Menangis?
  • Menjerit2 macam orang gila?
  • Ketawa terbahak2 macam takde akal?
  • Cakap tak berhenti-henti?
Saya tak fikir saya akan nangis tapi saya akan gelak sampai esok pagi.

Tuhan duga saya sebab DIA tahu saya mampu lagi nak menghadap semuanya dan masih mampu gelak bagai nak rak walaupun tangan dah mengigil dan hati bagai nak tercabut keluar =).
Kan?
Alhamdulillah.