Wednesday, September 1, 2010

Huwaaa

Aku memang sakit ati..
sangat sakit ati
Cemburu sangat2

Hari ni ramai manusia bergembira..
Status facebook melantun sana sini

Yelah..aku tau orang Gomen da masuk duit raya setengah ribu tu!
Benci laaahhh!!
Aku jeles.
Aku benci!
Menyampah
Sakit hati.
Betul ni

Huwaaa..
Rasa nak nangis..
Betul2

Aku tak suka raya!
Sangat tak suka..
Sorry...
:((
Huwaaaaaaaa!!!

Friday, August 27, 2010

Raya Raya Raya

Dulu aku suka Raya.
Masa kecik-kecik.
Time raya la dapat banyak duit
Lepas raya jadi kaya raya

Sekarang
Aku tak suka raya
Bukan tak suka nak merayakan hari kemenangan setelah sebulan Ramadan.
Tapi bila datang raya je jadi pening
Baru aku faham kenapa mak dengan abah buat muka ketat je bila datangnya puasa.

Anak ada empat berderet.
Semua nak baju raya, kasut raya, segala meraya-raya
Duit raya belum lagi.
Orang nak datang rumah, belanja dapur, langsir raya.
Aduhh hati yang tak beraya dan tak berdaya.

Memang la orang kata
"berbelanja ikut kemampuan"
Cakap memang sedap.
Dah tak mampu nak dimampukan lagi dah ni.

Orang dah kahwin- oklah. semua boleh share.
Suami isteri hidup sepakat, bantu membantu.
Aku. share dengan sapa? Hantu?

Ishk..Aku tak suka raya. Sebab banyak pakai duit.
Hari raya tahun ni paling tak meriah rasanya.
Dengan rumah kena rompak.
Dengan tak ada teman
Dengan dugaan yang datang pelbagai rupa dan rasa
Baju raya pun tak beli lagi.
Inikan lagi kasut raya.
Duit zakat esok lusa baru nak bayar...
Duit raya kanak-kanak ribena dan Todt pun belum masuk dalam budget.

Alhamdulillah.
Rezeki raya orang gomen tak sama macam aku. :)
Walau tak berduit dan tak bermood nak beraya tahun ni, aku tetap balik JB.
Oh...tu tak terfikir lagi.

Ok da pening!
Bulan-bulan puasa banyak whining.
Berdosa. Mari mengingatkan diri sendiri.
Sabar.

Aku percaya, ada rezeki dihujung sana..
Kalau bukan bulan raya, bulan tak raya pun ok lah!

Wednesday, August 25, 2010

Sembelih

Ayam dah tak cukup ke dalam dunia ni nak disembelih?
Tulang-tulang rangka lembu dah habis ke nak ditetak?
Baby dah tak cute lagi ke sampai kena buang?
Manusia dah tak boleh fikir ke sampai buat anak melambung 15 meter ke udara?
Semua manusia dah tak siuman ke sampai pisau jadi barang mainan?

Aku pening
Takut
Drama eh
Macam-macam musim sekarang ni.

Emaaaakkkkk
Takut!
Rasa nak duduk balik dalam perut mak macam 25 tahun dulu.
Emaaaaaaaaaaakkkkk!!!!!
:((

Tuesday, August 24, 2010

Tahan

Tahan perasaan.
Kau sanggup ke?

Tahan rasa.
Kau mampu ke?

Tahan diri
Kau boleh ke?

Tahan nafsu.
Kau hebat ke?

Tahan fikiran.
Kau tahan ke?