Masa kecik-kecik.
Time raya la dapat banyak duit
Lepas raya jadi kaya raya
Sekarang
Aku tak suka raya
Bukan tak suka nak merayakan hari kemenangan setelah sebulan Ramadan.
Tapi bila datang raya je jadi pening
Baru aku faham kenapa mak dengan abah buat muka ketat je bila datangnya puasa.
Anak ada empat berderet.
Semua nak baju raya, kasut raya, segala meraya-raya
Duit raya belum lagi.
Orang nak datang rumah, belanja dapur, langsir raya.
Aduhh hati yang tak beraya dan tak berdaya.
Memang la orang kata
"berbelanja ikut kemampuan"
Cakap memang sedap.
Dah tak mampu nak dimampukan lagi dah ni.
Orang dah kahwin- oklah. semua boleh share.
Suami isteri hidup sepakat, bantu membantu.
Aku. share dengan sapa? Hantu?
Ishk..Aku tak suka raya. Sebab banyak pakai duit.
Hari raya tahun ni paling tak meriah rasanya.
Dengan rumah kena rompak.
Dengan tak ada teman
Dengan dugaan yang datang pelbagai rupa dan rasa
Baju raya pun tak beli lagi.
Inikan lagi kasut raya.
Duit zakat esok lusa baru nak bayar...
Duit raya kanak-kanak ribena dan Todt pun belum masuk dalam budget.
Alhamdulillah.
Rezeki raya orang gomen tak sama macam aku. :)
Walau tak berduit dan tak bermood nak beraya tahun ni, aku tetap balik JB.
Oh...tu tak terfikir lagi.
Ok da pening!
Bulan-bulan puasa banyak whining.
Berdosa. Mari mengingatkan diri sendiri.
Sabar.
Aku percaya, ada rezeki dihujung sana..
Kalau bukan bulan raya, bulan tak raya pun ok lah!