Saturday, December 31, 2011

Tata Dua 0 Satu Satu

Bila senja terakhir 2011 melabuhkan tirainya.

Untuk aku..
Tak perlu resolusi
Tak perlu plan semua
Tak perlu target apa-apa
Kerana hidup kita perlu hanya ada usaha,doa dan tawakal padaNya.

Semoga selamat segalanya dalam 2012.

Thursday, December 29, 2011

Semalam dan hari ini.

Aku tidak fancy pada semalam.
Semalam adalah sangat "bitch" untuk aku. Tak friendly langsung!
Ya. berita-berita yang tidak sedap didengar dan tidak mampu menjadi halwa telinga telah menerjah minda lalu merobekkan jiwa dan mengusik sedikit perasaan dan hati kental yang kononnya tak mampu ditarahkan oleh apa saja.
Ego untuk menunjukkan kesedihan menyebabkan aku menerima segala berita kurang enak itu dengan senyuman dan diselangi gelak ketawa yang tak berhenti sepanjang masa di luar rumah seharian semalam.

Bila usia semakin meningkat, bila akal dah mula tua, bila nikotin dah mula bercambah dalam otak..cara penerimaan sesuatu perkara yang kita tidak gemari semakin unik.
Dari menggogoi ..meraung macam orang hilang anak atau mati laki...
Aku mengambil langkah yang aku rasa "cool" sangatlah dengan menunjukkan muka "tiada reaksi" dan seperti langsung tiada apa yang berlaku dan didengari secara tidak obvious sekali.

Luar ketawa gembira, didalam tiada siapa yang tahu. Kan?
Muka bermain poker bukan senang nak dilakukan.
Airmata ditahan2 bergenang dalam hati
Mungkin nampak kuat diluar...tetapi didalam bagai kaca terhempas ke lantai marbel kaler putih.

Memujuk hati yang retak bukan mudah.
Pulang ke rumah, aku lebih senang ditemani cerita Sex and The City yang ada bermusim2 dalam koleksi simpanan aku.
Menghayati cerita disebalik kehidupan empat perempuan single yang dikelilingi subjek pencarian cinta dan juga sex..otak aku semakin layu.
Bukan itu menjadi titik tolak kehidupan aku sekarang.
Lain sungguh. Tak sama.
Mata semakin memeberat..lantas 11.30 malam sudah menjadi masa rehat sehingga ke pagi.

Hari ini nampak cerah dalam hati.
Waimah tiada apa yang menggembirakan perasaan yang bungkam dek kejadian bertimpa semalam, aku tertawa keseorangan dalam kenderaan putih yang sudah kemik sana sini dan berbunyi mintak dibelai.
Hari terakhir bekerja di pejabat untuk 2011.
Excited untuk berada di negeri kelahiran bagi meraikan kehadiran seorang lagi ahli keluarga membuatkan aku diserang nervous pagi ini.

Status "bujang" ke "suami orang"--- adalah suatu yang jauh dari fikiran aku terhadap Ngah.
Namun, bila jodoh sudah tiba... apa nak dikata.
Moga Ngah diberkati dan panjang jodohnya.

2012-------tiada bezanya.
Tak perlu resolusi merepek meraban.
Tak perlu plan apa2 sepanjang highway PLUS
Tak perlu mengharap setinggi KLCC.

Hidup? Kita tengok dan layankan.....

Tuesday, December 27, 2011

Menghitung Hari

Tuesday, December 20, 2011

December Me

The same old Lea
18th December 2011
Kuala Lumpur

Monday, December 19, 2011

Better Late Than Never??

People said--- Better LATE than Never.
Aku selalu ketinggalan dalam pelbagai perkara yang mendatangkan untung dan kebaikan untuk diri sendiri.
Tak tahu dimana silapnya, tapi kalau bab-bab jahat-- aku lah yang sampai dulu.

Perkara-perkara baik = Better late than never
Perkata-perkara kurang baik= Been there done that!
LOL!

Jumaat lepas, aku tergerak untuk isi borang biru putih seperti dalam gambar dibawah:

Demi untuk mendapatkan buku biru seperti dalam gambar dibawah:

Haih.aku tahu-- umur da menginjak ke angka 27 tahun depan
Tapi baru sekarang kelam kabut kalut sedunia nak belajar menyimpan
Alasan yang selalu aku berikan-- Macammana nak saving kalau bulan2 pun tak cukup!
Itu sekadar alasan..Biar ikat perut sekalipun.. Biar jadi kurus dan hilang lemak sekalipun..
Aku rasa aku tak boleh ikut kata hati untuk "membuang" duit secara suka2
Guna sebanyak mana yang aku mampu aje.
At least sebulan, masuk sikit pun tak ape..

Masa dapat buku biru itu..air mata meleleh setitik dua.
Tak tahu kenapa-- tapi rasa rugi sangat bila 9 tahun duduk di KL tapi langsung tak ada saving!
Menyesal atas masa yang dibazirkan secara hoohaaa dan sia-sia.
Memang menyeksa batin! Terkesima hati dan jiwa...
Sumpah tak patut!

Tapi bak kata orang, barang lama jangan dikenang.
Move on..Jangan pandang belakang!:D

Jadi, si buku biru---
Andalah pemangkin masa depan saya bermula sekarang
Cukup tak cukup ..belakang kira.
Duit mesti kena masuk bulan2 ye cik Lea
Sebab by the end of the day..siapa yang nak tanggung diri sendiri?
Siapa yang nak tolong???
No one but you.. =)

Alhamdulillah..my baby step! Mr Blue Book is finally mine!
Wish me luck, people!

*Terima kasih azim atas ingatan kau pasal menyimpan dan pelaburan. Even you are no longer here..but your advise was really helpful!
*Yui..thank you temankan saya pergi Maybank dan ajar macamana nak isi borang...sumpah rasa sengal gila! LOL!

Thursday, December 15, 2011

Bila KL hujan (Dibaca Banjir)

13 Disember 2011

5.30 petang - Jalan Stonor
5.45 petang- Jalan Ampang, depan KLCC
6.00 petang- Jalan Ampang, sebelah BSN
6.15 petang- Jalan Ampang, sebelah Zouk
6.35 petang- Jalan Ampang, sebelah MATIC
6.40 petang- Terima panggilan dari Aniz -- "Jalan Ipoh banjir. Lagi dua tiga jam baru boleh balik!"
6.45 petang- Masuk kiri ke Jalan Sultan Ismail
6.55 petang- Jalan Sultan Ismail, sebelah Concorde Hotel
7.00 malam- Jalan P.Ramlee, sebelah Aloha dan Rum Jungle
7.10 malam- Parking KLCC ---- Sorang2
7.20 malam- JM Beriyani House, KLCC (Dua hari berturut-turut makan kat sini) ---- Sorang2

8.00 malam- KLCC (Hisap rokok depan butik Coach), Jalan Ampang masih stand still
8.10 malam- TGV, KLCC- Arthur Christmas! ----Sorang2


10.30 malam- Jalan Ampang- Jalan Tun Razak dan jalan-jalan yang sepatutnya. ---- Sorang2


Gambarajah diatas-- Jalan Tun Razak depan IJN pada 13 Disember 2012 -sekitar jam 5-6 petang. Inilah nadi permulaan kesesakan trafik satu KL-- Sumber Twitter

11.00 malam- Atas katil dan rindu lelaki kecil ini (Sila rujuk gambar dibawah)

Hujan, banjir,kesesakan trafik yang dasyat menyebabkan kelewatan aku tiba di rumah. This is the price that I have to pay in order to live in KL. Tak pasal2 rugi RM40 malam tu pasal tak mahu tersangkut dalam jam.

Seminggu di Langkawi...aku dah mula rindu suasananya.
Welcome back to reality, Lea.
=)

Today is Thursssssssdddaaayyyyyyyyyy! Esok Jumaat. Lepas tu Sabtu dan Ahad.
Hello Hujung Minggu! Yay!

Wednesday, December 14, 2011

Monday, December 12, 2011

My "pinggan" look

I was very busy for the past few weeks.
Work, pleasure, responsibility,families and personal issues is coming all the way at one time.

Yesterday, I have decided to do a transformation to myself.
I dont need any opinion and I think I could decide anything related to myself.

Here you go..
My "pinggan" look.

A lot of people keep on saying..
"Why laaa potong rambut???"
"Sayangnya rambut kauuuu"
"Muka kau nampak bulat"

I believed Mummy will give a very very very bad review on my haircut.
LOL!

I do not want to think and give a shit on any comments.
I just want my hair to be short for a time being.
I know I'll be missing the Long Hair Lea..
But, it will grow eventually..
Its just "hair" for God sake.


Waking up this morning with a good smile on my face.
The short hair Lea is back in town.
*The last time my hair was this short-- April 2009.

I am sick of sweeping my hair around the house. Tangled hair..Dry condition..Too many amount of shampoo to be used in each session..I had enough with all these nonsense. The best part is- I am sick of being called "kakak" all the time -even by the younger people .Hope this transformation could give a cuter impact. Hahahaha..

Here I am.
The hair might be shorter.
But the person is still the same.

Oh...Hello again KL.
Its good to see you!