Tuesday, February 14, 2012

14 Februari

Dah lama tak menitipkan bait-bait ayat yeye dekat sini.
Kerja fokus utama yang dtg tak berhenti2..
Dengan events dan travelling yang akan datang menyinggah dalam hidup bulan ini sampai hujung tahun nanti..
Aku rasa fokus kehidupan dah bepaling pada kerja dan bukan segala yang mushy-mushy lagi.

Oh. 14 Februari datang lagi.
Aku berhenti menyambut hari kaseh sayang sejak tahun 2007 lagi.
Akibat kemonyolan hati dan perangai merajuk kepam pada usia muda dek tak dilayan kekasih hati..aku bingkas kuatkan hati dan jatikan diri dengan mengatakan TIDAK MAHU CELEBRATE 14 FEBRUARI lagi!

Tahun ke lima tanpa sambutan hari kekasih sudah tidak ada kesal lagi di hati.
Aku suka tengok manusia beriya-iya membuat suprise pada orang-orang yang mereka sayangi.
Rasanya..tak la jadi kafir kalau beli bunga, coklat mahupaun ajak makan malam sekadar menghiburkan hati..

Tiada yang istimewa hari ini
Bukan sebab takda yang sudi.. aku menolak sebarang ajakan untuk keluar malam ini.
Tak sabar nak menghadap aktiviti addicted kini iaitu siri The Nanny balik nanti.
Mungkin korang kata aku takde life. Tapi penat otak bekerja seharian mampu dilepaskan lelahnya dengan hanya menonton tv, hisap rokok dan ketawa sendiri.

Selamat hari berkasih sayang kepada semua.
Moga hari ni sayang korang lebih dan bertambah sayang esok lusa tulat dan hari2 akan datang.

:)