Thursday, September 8, 2011

Tua

Hakikatnya....



Note to self: "Bersihkan diri...sebelum terlewat nanti...."
=)

Perempuan Mulut Jahat

Bila seorang perempuan berterus-terang dengan perkara yang tidak digemari/ cakap kasar/ perli memerli- dia dilabel "mulut jahat"
Cliche.
Masyarakat timur yang penuh adat resam dan tatasusila lebih menggemari cara "terus-terang secara berkumpulan dibelakang"- Umpat keji berkenaan sesuatu yang tidak digemari.
Atas alasan- nak menjaga hati.

Di zaman yang serba moden ini.
Cara begitu masih lagi dipraktikkan sana sini.

Aku adalah antara manusia yang sering digelar "perempuan mulut jahat"
*Sekarang ketawa geli hati*

Kalau dulu, mungkin jiwa terusik dan hati terkesima akibat label yang diberikan oleh kaum sejenisku sendiri.
Tapi semenjak beberapa tahun yang lalu- aku tak peduli tentang apa label yang mereka kasi.

Mungkin mereka tidak suka cara "sound direct" atau perli-memerli secara lisan dan tulisan.
Manusia memang sukakan puji-pujian.
Semua pun suka.
Termasuk aku tidak terkecuali.

Tapi kadang-kala, kita terlupa yang manusia di"design"kan dengan pelbagai ragam dan cara tersendiri.
Tak ada siapa yang akan puas hati dengan segala-gala yang ada didunia ini.
Terasa hati- selalu terjadi.
Terutamanya dikalangan kaum hawa yang mempunyai jiwa se"fragile" kaca perhiasan di dalam almari.

Belajar menerima perangai dan kelakuan manusia yang berkongsi tanah dibumi.
Aku masih lagi belajar dan cuba ambil enteng dengan attitude2 manusia yang berdiri diatas dunia ini.
Belajar menerima kritikan dan memaafkan kelancangan serta kejelikkan orang lain- mampu menguatkan jati diri dan iman dihati.

Tulisan ini sebagai nak muhasabah diri.
Sebab golongan wanita sejati itu istimewanya tersendiri..
Label perempuan bermulut jahat itu- aku sudah lali!
Walaupun sekarang ini, jarang2 aku dengari label itu dari mulut penyampai story..
Aku tetap senyum dan teguh berdiri
Sebab kita kena mengerti- wanita itu ada macam2 ciri.

Uniknya kita sebagai khalifah dibumi tak sama dengan alien2 di planet lain.
Cuba tengok cap cari korang- tak kan sama dengan sesiapa walaupun dengan anak sendiri.

Belajar bersyukur dan memafkan diri sendiri.
Kadangkala ...silap orang kita sedari..silap sendiri, takkan diakui.

=)
*Suka jadi diri sendiri- sebab aku mampu cakap apa yang aku rasa tanpa filter2... dan ramai orang tak peduli juga terasa hati sebab dah lama aku dilabel- PEREMPUAN MULUT JAHAT!=D

Tuesday, September 6, 2011

Welcome back to reality

Abaikan no plat kereta dalam gambar itu.
Bukan 4 digit nombor tersebut yang ingin aku perkatakan.
Cuma topik biasa dalam perbualan seharian.

Kesesakan lalu lintas.
Kuala Lumpur yang penuh hiruk pikuk ini tidak menjanjikan keseronokan semata-mata
Setiap yang baik mesti ada faktor timbangan yang membuatkan ianya tidaklah nampak seperti yang disangka.

Bosan dengan kesesakan jalan raya tidak mampu mematahkan semangat manusia-manusia yang hidup berlumba-lumba demi mengejar impian hidup di kota metropolitan ini.

Cuti panjang di kampung halaman menyebabkan ramai terlupa akan kesesakan jalan raya di ibukota.
Termasuklah aku.
Kelemauan sepanjang hari ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas tatkala pulang dari pejabat.

Selamat kembali ke realiti.
Hidup tak seindah yang disangka.
Dalam gembira mesti datangnya duka.
Dalam ketawa mesti ada tangisnya.
Dan dalam KL, mesti ada jammed nya!

Selamat bekerja warga kota!
Moga impian kalian terlaksana!
Selamat menempuh kesesakan jalan raya sebagai makanan ruji di ibukota.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hati melewe melayankan JK


Pernah muak dengan perangai manusia-manusia sekeliling kau?

Aku - selalu!
Teknologi yang merapatkan silahturrahim kadangkala membuatkan hati jengkel.

Akibat lama sangat bercuti raya menyebabkan mood malas begitu ketara.
Rasa semak bertapa dalam jiwa.
Jarum jam bergerak sangat perlahan.
Menunggu mesyuarat habis bagai menunggu buah durian jatuh ke tanah.

Jengkel dengan keadaan sekeliling.
Semangat makin pudar.
Rasa nak balik rumah dan bergulung-gulung dalam selimut diatas katil tercinta

Dua hari masuk bekerja -terasa lembik bagai tak bertulang belakang
Punggung makin melebar bagaikan perempuan beranak 8
Perut makin membuncit bagai wanita mengandung 4 bulan

Jengkel dan Muak
dengan segala benda

Kerja berlambak
JK sungguh rasanya

Mahu saje ditutup telefon yang tiga biji ini dan terus ambil MC dua hari.
Hahaha..Tak mungkin akan terjadi.

Muaklah tengok manusia-manusia disekeliling.
Sesetengah manusia yang menjengkelkan hati dan tatkala inilah aku benci social networking.

Membebel secara rambang.
Tiada ada kena mengena dengan mana-mana mambang.

Cuma aku yang tak ada mood dan rasanya perlu kena lempang!

Raya masih ada lagi kah?
Aku rindu Todt sangat-sangat.
Dan masa ni la baru terasa rindu kat famili.
Haihhlaaaa manusia..kau memang cepat lupa diri.


Macammana lah tak rindu kat dia...haih......
Yaya is missing you badly..baby monkey!