Tuesday, September 6, 2011

Hati melewe melayankan JK


Pernah muak dengan perangai manusia-manusia sekeliling kau?

Aku - selalu!
Teknologi yang merapatkan silahturrahim kadangkala membuatkan hati jengkel.

Akibat lama sangat bercuti raya menyebabkan mood malas begitu ketara.
Rasa semak bertapa dalam jiwa.
Jarum jam bergerak sangat perlahan.
Menunggu mesyuarat habis bagai menunggu buah durian jatuh ke tanah.

Jengkel dengan keadaan sekeliling.
Semangat makin pudar.
Rasa nak balik rumah dan bergulung-gulung dalam selimut diatas katil tercinta

Dua hari masuk bekerja -terasa lembik bagai tak bertulang belakang
Punggung makin melebar bagaikan perempuan beranak 8
Perut makin membuncit bagai wanita mengandung 4 bulan

Jengkel dan Muak
dengan segala benda

Kerja berlambak
JK sungguh rasanya

Mahu saje ditutup telefon yang tiga biji ini dan terus ambil MC dua hari.
Hahaha..Tak mungkin akan terjadi.

Muaklah tengok manusia-manusia disekeliling.
Sesetengah manusia yang menjengkelkan hati dan tatkala inilah aku benci social networking.

Membebel secara rambang.
Tiada ada kena mengena dengan mana-mana mambang.

Cuma aku yang tak ada mood dan rasanya perlu kena lempang!

Raya masih ada lagi kah?
Aku rindu Todt sangat-sangat.
Dan masa ni la baru terasa rindu kat famili.
Haihhlaaaa manusia..kau memang cepat lupa diri.


Macammana lah tak rindu kat dia...haih......
Yaya is missing you badly..baby monkey!