Bila seorang perempuan berterus-terang dengan perkara yang tidak digemari/ cakap kasar/ perli memerli- dia dilabel "mulut jahat"
Cliche.
Masyarakat timur yang penuh adat resam dan tatasusila lebih menggemari cara "terus-terang secara berkumpulan dibelakang"- Umpat keji berkenaan sesuatu yang tidak digemari.
Atas alasan- nak menjaga hati.
Di zaman yang serba moden ini.
Cara begitu masih lagi dipraktikkan sana sini.
Aku adalah antara manusia yang sering digelar "perempuan mulut jahat"
*Sekarang ketawa geli hati*
Kalau dulu, mungkin jiwa terusik dan hati terkesima akibat label yang diberikan oleh kaum sejenisku sendiri.
Tapi semenjak beberapa tahun yang lalu- aku tak peduli tentang apa label yang mereka kasi.
Mungkin mereka tidak suka cara "sound direct" atau perli-memerli secara lisan dan tulisan.
Manusia memang sukakan puji-pujian.
Semua pun suka.
Termasuk aku tidak terkecuali.
Tapi kadang-kala, kita terlupa yang manusia di"design"kan dengan pelbagai ragam dan cara tersendiri.
Tak ada siapa yang akan puas hati dengan segala-gala yang ada didunia ini.
Terasa hati- selalu terjadi.
Terutamanya dikalangan kaum hawa yang mempunyai jiwa se"fragile" kaca perhiasan di dalam almari.
Belajar menerima perangai dan kelakuan manusia yang berkongsi tanah dibumi.
Aku masih lagi belajar dan cuba ambil enteng dengan attitude2 manusia yang berdiri diatas dunia ini.
Belajar menerima kritikan dan memaafkan kelancangan serta kejelikkan orang lain- mampu menguatkan jati diri dan iman dihati.
Tulisan ini sebagai nak muhasabah diri.
Sebab golongan wanita sejati itu istimewanya tersendiri..
Label perempuan bermulut jahat itu- aku sudah lali!
Walaupun sekarang ini, jarang2 aku dengari label itu dari mulut penyampai story..
Aku tetap senyum dan teguh berdiri
Sebab kita kena mengerti- wanita itu ada macam2 ciri.
Uniknya kita sebagai khalifah dibumi tak sama dengan alien2 di planet lain.
Cuba tengok cap cari korang- tak kan sama dengan sesiapa walaupun dengan anak sendiri.
Belajar bersyukur dan memafkan diri sendiri.
Kadangkala ...silap orang kita sedari..silap sendiri, takkan diakui.
=)
*Suka jadi diri sendiri- sebab aku mampu cakap apa yang aku rasa tanpa filter2... dan ramai orang tak peduli juga terasa hati sebab dah lama aku dilabel- PEREMPUAN MULUT JAHAT!=D