Monday, September 13, 2010

Malas dan penat

Hari Raya ke 3
Raya sudah habis bagi aku yang puasa tak penuh ni.
Walaupun baju Raya ada 3 pasang belum berusik.
Mood Raya dah pun habis.

Menghabiskan masa di kampung halaman amatlah bahagia
Tak mahu balik kalau boleh.
Memang tak mahu balik

Tapi memandangkan periuk nasi yang panas ada dekat KL.
Akan aku gagahkan juga kaki kanan untuk tekan pedal minyak mengharungi hiway.

Penat nak tulis cerita sedih
Penat nak mengaku yang hidup ni tak seindah yang diplankan.
Penat nak cakap yang 2010 ni kureng "ong"nya
Penat nak beremosi-emosi di bulan Syawal
Penat nak meluahkan benda bukan-bukan dalam kepala otak
Penat minda
Penat tangan
Penat hati.


Oh..sangat penat.
Bermalasan-malasan di rumah mak membuatkan aku rasa macam raja.
Baju-maid kaklong cucikan.
Beg- maid kaklong kemaskan.
Makan-mak siapkan
Berjalan- adik aku yang sukarela menjadi driver akan bawakkan.

Makin hari makin malas.
Ni semua sebab penat.

Tiba-tiba teringat kerja bertimbun dekat office..
Rasa nak marah
Sakit hati..menyampah!
Realitinya..keindahan tu kan sementara.
Tiada bahagia selama-lamanya.
Balik KL- macam biasa.
Semua sendiri.
Tak ada driver, tak ada maid..tak ada mak..tak ada adik.
Sila berdikari.
Malassssnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Ok,
dah stress tiba-tiba.

Oiii... aku nak duduk kampung la kalau camni rupanya!
;-)