Berkumandang lagu dicorong radio, speaker pada komputer mampu membawa kita kepada memori silam yang pernah menerjah hidup.
Cuba mainkan lagu-lagu tersebut dan rasailah putaran masa yang berada diminda.
Lagu-lagu tersebut mampu membawa kembali masa serta memori dan kenangan yang mungkin kita mahu lupakan atau ianya senantiasa tersimpan dalam kotak ingatan.
Hujan diluar rumah membawa aku yang masih lagi berada diatas katil sejak malam tadi memikirkan lagu-lagu yang mampu membawa aku ke zaman keseronokkan yang tak bertepi.
Seronok tak akan bertahan lama.
Duka sentiasa berada dimana-mana tak kira masa.
Dan untuk mengembalikan keseronokan itu, tidak mungkin terjadi.
Cuma lagu-lagu yang sedang hangat dimainkan sewaktu kenangan indah yang bertaut mampu diputarkan untuk mengembalikan memori.
Waktu tidak boleh dikembalikan semula.
Lagu mampu menjadi peneman.
Aku mahu tidur seharian lagi kerana motif hari cuti ini adalah- tidak mahu ada gangguan dan mahu bercinta dengan katil yang senang menjadi peneman setia sambil melayan melankolia jiwa berlatarbelakangkan lagu dan memori indah.
Salam maulidur rasul dan selamat bercuti juga selamat sambung tidur untuk aku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.