Monday, June 21, 2010

Tidak setuju

Mansuhkan UPSR?
Mansuhkan PMR?

Nak jadi apa budak-budak sekolah dalam Malaysia akan datang?
Tak ada periksa besar yang perlu dikejar-kejar lagi?
Pergi sekolah untuk suka2?
Tak perlu belajar tekun2
Tak payah pergi tuisyen
Tak payah buat homework?

Apa benda ni?

Masa kecik..sekolah rendah.
Hari-hari mak akan sebut..
Darjah enam nak UPSR.
kena belajar betul2
Siang malam study nak dapat result gempak masa UPSR.
Berlumba ngn kawan2 satu darjah nak tunjuk sapa lagi hebat.
Sebab dari situlah dapat mak abah tgk..sedara mara tau..satu kampung perhati
sepandai mana si anak ini.
Disitu dia measurement nya.
Dari situlah dapat gelaran budak pandai..atau budak kurang excellent..budak biasa2.. atau budak pass paras hidung atau budak suka kumpul E banyak2!
Dari situlah kita dapat tau samaada kita dapat masuk asrama atau pun sekolah premier ataupun duduk kat sekolah depan umah je.

Itulah pengiraan kepandaian pertama.

Jadi kalau dah UPSR takde..
budak2 sekolah rendah tak payah pergi sekolah lah?
Tak payah usaha sungguh2.
Bukan ada beza pun kan?


Sama jugak dengan PMR.
If PMR takde..
Budak2 remaja ni mesti cakap
"WTF should I attend classes? For nothing?"
Kan?

Mansuhkan UPSR..PMR?
Mengarut.
Wahai KPM..dan menteri2 kabinet serta jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan..sila fikir dan kaji betul2 sebelum buat keputusan.
Sila amik pendapat aku, rakyat Malaysia yang masih lagi membayar cukai pendapatan.
Heh tau!

Kekalkan peperiksaan besar UPSR dan PMR ni.
Kalau korang nak tukar nama pun..sukati lah. Janji ada periksa besar.
Kalau dimansuhkan..alamatnya.. selamat jadi negara dunia kelima!
=)