B.A disini adalah
BATU API.
Dah lama tak dengar perkataan "batu api" dalam hidup aku sekarang ni.
Kenapa?
Sebab aku hanya banyak jumpa manusia yang digelar batu api ni masa zaman-zaman sekolah aje.
Dah tua- tua begini tak sangka aku masih lagi terserempak dengan manusia BATU API.
BATU API
Perkataan yang paling popular dikalangan pelaja-pelajar perempuan.
Batu api juga adalah salah satu perkataan alternatif untuk manusia yang suka tengok manusia bergaduh dan berperang antara satu sama lain.
Sama lah juga macam Israel. Tak ada beza!
Hiks!
Mengapi-apikan orang sekeliling adalah sangat tidak baik.
Jahat.
Jadi, apakah faedahnya seseorang manusia yang menjadi batu api ini dikalangan manusia-manusia yang lain?
Kepuasan hati?
Keseronokan akibat bisikan syaitan yang menjadi sahabat baik kala itu?
Cemburu?
Dapat upah?
Aku tak faham.
Yang aku tahu..
Konsep batu api yang terbaik adalah..
LIGHTER/PEMETIK API.
Bila bergesel, maka terjadilah api.
Batu api dalam konsep lighter ni bagus..sebab bila api dah keluar.. selain dari rokok, banyak lagi benda boleh dibakar.
Tapi, manusia bergelar BATU API ini,
rasanya memang tak patut wujud.
Jadi?
Aku beranggapan bahawa..
BATU API SEHARUSNYA DIBALING DENGAN BATU BATA!
Walaupun batu bata tak berapi..tapi penangannya tetap sama.
Ok kot ?!
=)
*Life is simple..we are the one who make it complicated. Lets make life more easier by not becoming BATU API in the society.*- Mesej kemasyarakatan kepada batu-batu api sedunia. =)