Thursday, July 15, 2010

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Rakyat sering disogokkan dengan ayat-ayat manis dari bakal-bakal pemimpin sewaktu kempen pilihanraya sedang giat dijalankan.

"Saya mahu jadi pemimpin berjiwa rakyat"

Benarkah pernyataan diatas direalisasikan
Ataupun itu adalah sekadar "janji manismu" sahaja?

Saya melihat dari konteks kehidupan seharian yang mana saya sering berurusan dengan pelbagai pejabat yang mewakili pemimpin-pemimpin ulung di negara kita.

Pemimpin yang digelar "VIP"

Apakah konteks "pemimpin berjiwa rakyat" itu?

Saya kurang faham mengenai sesetengah pegawai-pegawai kanan pemimpin-pemimpin dinegara kita yang kerja mereka menggunakan "kipas" ataupun"alat penghawa dingin" bagi menyejukkan dimana dengan cara itu mereka mampu digemari dan disukai oleh pemimpin mereka.

Pernah kah anda smua terfikir bahawa pemimpin ini adalah manusia yang sama saja seperti kita?
Ada mata, ada telinga, ada otak, ada tangan ..ada kaki, ada minat dan ada strategi masing-masing?

Pemimpin kita adalah manusia yang kita fikir mampu memimpin rakyat dengan adil dan saksama.
Kita yang memilih mereka dengan cara undian secara demokrasi setiap empat tahun?

Namun, menagapakah pemimpin-pemimpin ini setelah dijulang menjadi wakil kepada rakyat, berubah kelakuannya secara mendadak?

Contoh:
Servis dan perkhidmatan VIP mesti ada sewaktu pemimpin-pemimpin ini dijemput untuk melakukan aktiviti bersama rakyat,
Makanan mesti lah mengikut selera dan cita rasa mereka..bukan ikut selera rakyat yang penat menyokong , penat mengikut sewaktu berkempen dan mengundi mereka?..

Rakyat yang memilih mereka.
Kenapa mesti Rakyat menjulang mereka dalam kaedah yang melampau-lampau?
Pemimpin adalah wakil kepada rakyat dalam merealisasikan segala perancangan dan pelan untuk kemajuan serta keamanan negara..
Rakyat yang sepatutnya dijulang...
Pemimpin sepatutnya menghargai usahasama rakyat dalam menjadikan negara aman, makmur dan berjaya.

Jadi?
Apa sudah jadi dengan pernyataan
"Pemimpin berjiwa rakyat?

Saya masih tak faham jika pemimpin berjiwa rakyat itu sebenarnya bukanlah berjiwa seperti rakyat yang sesetengah daripada mereka hanya mahu mendapatkan perkhidmatan istimewa mengikut kehendak mereka? dan bukan mengikut kegemaran rakyat?

Sila fikirkan..
Jadi, siapa sebenarnya "Pemimpin Berjiwa Rakyat?"