Ada 12 bulan lagi nak menghadap.
Kau pernah tahu rasa aku macam mana?
Cakaplah aku drama..emo..segala.
Aku peduli apa!
Pernah kau rasa macam aku?
Tak pernah.
Tak ada apa yang mampu menggembirakan hati kau macam dulu.
Happy just not exist anymore in the circle of heart.
Pernah rasa hidup takde cita2?
Pernah rasa hidup "jalan terus" takde harapan?
Pernah rasa malu nak mintak apa2 dengan tuhan sebab kau manusia khilaf dan banyak dosa?
Pernah rasa redha aje dengan apa yang kau lalui hari-hari?
Penah rasa malas nak plan apa2 lagi dalam hidup kau?
Pernah tak?
Kalau pernah- mungkin sementara.
Aku yang akan rasa selama-lamanya.
Drama kau tak sama dengan drama aku.
Badan aku sakit. bengkak kat belakang.
Tumit aku rasa macam kena cucuk-cucuk dengan kaca pecah.
Hati aku pecah aku tolak tepi.
Sebab aku rasa ada lagi banyak hati yang pecah berderai teruk dari aku.
Dalam hidup kena ada satu pegangan.
Iaitu Tuhan.
Dia akan tolong kau macammana sekalipun
Kau kena percaya tu.
Sebab tak ada siapa akan tolong kau selain dari dia.
Bila mati pun kau sorang-sorang kan?
Bukan ada yang teman.
Aku emosional melampau sebab masa mensturasi da nak sampai ditambah dengan hati yang sakit dan badan yang bisa-bisa.
Tolong layankan.
=)