Thursday, September 29, 2011

Ahli Tembak

Lama sungguh menantikan surat wee wee..
Dah nak masuk dua minggu baru dapat surat dia.
Leceh ye bila nak berutusan dan berbual gunakan surat dan khidmat pos ni.

Balik dari site visit di Seremban dan lunch sambil adjust kening di PJ, aku di suprisekan dengan kehadiran surat Wee wee.

Kak Ana, receptionist yang berasal dari Pulau Pinang seronok bagitau..
"Ada posto untuk hang kat depan! Lama benar kawan polis tu tak antar posto eh!"

Aku sengih-sengih dan berlari pergi reception.
Satu office tau aku ada kawan inspektor polis yang masih lagi dalam training.
Seronok dapat baca surat tulisan tangan Wee wee.
Sorry eh wee wee, I taip je surat you. Tak larat nak tulis panjang2
Main2 je da nak masuk 7 bulan dok berutusan surat dengan dia.
Padahal dekat je. 10 km tak sampai dari office aku.
Cuma kekangan nak berjumpa dengan bakal Inspektor yang terkurung dek latihan menyebabkan surat menjadi jambatan perhubungan.

Setiap kali tulis surat- dia mesti cerita pasal perkembangan dan aktiviti bersama teman-teman bakal inspektor yang lain.
Bukan senang nak jadi Polis ye.
Hati kena cekal..Minat kena ada..Sanggup dengan tak sanggup jelah.
Bukan mental saja kena kuat. Fizikal itu semestinya. Akademik juga diuji di dalam pusat latihan.
Semenjak menjadi pembaca surat wee wee..aku sangat respect pada Polis-polis perempuan yang ada dalam dunia ni!
Bukan senang nak grad sebagai polis ye. Tak kiralah yang officer ataupun yang takde pangkat.
Kalau aku..sure masuk 3 hari..dah tak larat! Mesti cabut! I am a creature of comfort! Training panas2 ni..lumpur2..hujan2 ni ..erkk.. takut ye. Tak lasak.

Dikalangan pelatih dan geng-geng bakal inspektor-Wee wee sekarang digelar "Ahli Tembak"
Cuba tengok gambar score sheet dibawah...


Revolver 38

Walther P99
Wohooooo!
Hebatkan?
Final ujian menembak- according to her.. markah - 96/105
Dengan badan sekecik dia...aku amazed!
Kalau tembak penyamun. Sure direct "mati ditempat kejadian" rasanya..
Ok. takut!

Anyway,I am so proud of you wee wee!
Keep it up!
Cant wait to see you on January 2012- in that uniform Inspektor Nuraini Kamarudin!
=)