"Orang lelaki sekarang feel insecure bila ramai perempuan pandai dalam dunia ni. Jadi, orang lelaki sekarang suka perempuan yang kurang cerdik, jadi senang dorang nak bodoh-bodohkan!"- kata-kata mak aku mesti mampu buat ramai lelaki dan perempuan tersentap.
Aku sengih.
Mungkin ada benarnya kata-kata mak itu.
Aku termenung pulak lepas tu..
Mak sambung lagi...
"Lelaki suka jadikan alasan -perempuan akalnya 1..nafsunya 9. Tapi secara tak langsung mampu membuatkan ramai perempuan terpedaya dan jadi bangang bila "dipusing" dan "disaiko" sebegitu rupa"
Aku angguk
Mak pulak tersenyum.
"Kalau asyik dah bercerita pasal fesyen, majalah tanda soal (mangga, urtv dan media hiburan), kasut, makanan, rambut aje..tak tahu langsung pasal cerita dunia, politik dan berita semasa..itulah yang betul2 KEPAM!"- Mak belajar perkataan kepam dari aku.
Aku gelak besar.
Minggu lepas , disebalik drama yang aku lalui..aku rasa bila lebih disayangi bila tinggal dengan mak dan abah aje. Yang lain semua tak ada! Bahagia! =)
Kata-kata mak aku terima dan membuatkan aku berfikir.
Perempuan kadangkala suka dibodoh2kan untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang.
Kan?
Jumlah lelaki dah makin kurang dalam dunia ini.
Tu pasal ramai perempuan desperate nak berlaki.
Jangan terburu-buru.
Kadang-kala kita tak ready, cuma peer pressure kiri kanan dah tak single lagi dan langsung saja sibuk nak berumah tangga.
Aku pernah rasa camtu.
Macam nak gila paksa....tanya hari2 si boyfriend yang sudah 4 tahun setengah bersama dengan soalan- "When ??"
Tapi si boyfriend buat endah tak endah. Hahaha
Kasihan aku. Terkepam minda dan tak reti sabar. Jiwa muda, akal tiada!
Nasib baik si mantan kekasih tak masuk meminang lagi.
Kalau tidak- sure hari ni aku tak happy dan mula merentan2 membabi buta dalam blog-marahkan suami! LOL
*Pernah berterima kasih pada si mantan kekasih sebab tak ikut cakap aku- suruh kami menikah dulu* Alhamdulillah.
Tapi pengalaman menjadi girlfriend yang tak dinikahi menjadikan aku matang.
Tak semua benda yang kita rancang itu menjadi kenyataan.
Plan hidup kalau tak diapprovekan Tuhan- memang tak menjadi la jawabnya.
Berserah dan bertawakal dengan usaha yang telah dilakukan- bukankah lebih baik?
"Jangan jadi perempuan bodoh yang desperado. Kalau diluar nampak bahagia..jiwa didalam robek dan merana.....kau suka?? Hidup ni tak semuanya indah.. Pilih la selagi boleh. Sebab pilihan kita itu akan bersama-sama kita sampai ke tua!"- Kata-kata mak membuatkan aku terkedu.
Heh.
=D