Tuesday, January 15, 2013

Kaki Feet

Kaki pagi tadi - 9.00 pagi sewaktu berborak dekat telefon dengan Weewee.

Mempunyai sepasang kaki yang cantik adalah idaman aku.
Nak kaki macam model Victoria Secret tapi tak sedar kaki macam ikan belukang dan saiz kasut macam kaki gajah -_-"

Dari dulu, aku selalu diejek akibat mempunyai sepasang kaki yang gemuk.
Banyak isi dikaki menyukarkan pembelian kasut yang sentiasa menjadi kegemaran.
Pasrah dengan kurniaan tuhan, aku sedaya upaya menjaga kaki supaya nampak cantik walaupun gemuk.
Hey, kaki gemuk ni susah tau!
Kasut susah nak dapat. Pattern pump shoes yang runcing didepan susah nak muat. Dan selalunya tak muat pun!
Lalu selipar menjadi kegemaran.
Kalau strap heels, yes! :) Itulah kesukaan yang selalu dapat dipakai.

Aku gila kasut? Tak sangat.
Selepas sesi spring cleaning hujung tahun lepas, kasut yang masih lagi ada selera aku nak tengok hanyalah tinggal 8 pasang.
Lapan pasang- tak banyak untuk perempuan macam aku!
Mungkin tahun ni koleksi handbag akan bertambah bersama-sama koleksi kasut-kasut idaman.

Bagi aku, sepasang kaki yang mempunyai betis bunting padi selalunya menjadi pandangan kegemaran manusia-manusia lain.
Kurniaan Tuhan, walaupun berkaki gemuk..betis kaki..tak macam peha. :P
Ramai perempuan berbadan kurus TAPI berbetis gemuk. Eish.
Tak percaya? Sila tengok dekat tv dan dalam movie. :P

Merewang diatas layaran ini membuatkan aku blur.
Cerita pasal kaki mendatangkan ingatan terhadap Pedicure session yang dah expired dah.
Kali terakhir "buat kuku" masa kerja dekat Penang sebulan lalu.
Pedicure by the beach, kononnya.

Maybe kali ini nak kena "buat kuku" dekat East Malaysia ..mungkin? Yey!
Esok terbang ke Kuching. Tolonglah manusia yang senonoh sikit duduk sebelah aku nanti.
Tak lama.. One hour and 15 mins flight yang mampu membuatkan aku restless.
:P

Its the distress session! (plus work!)

Love your precious kaki pleaseeee! :)