Wednesday, January 9, 2013

Material..materialis..Materialistik!

Wanita sering dikaitkan dengan perkara-perkara berunsur material.
Lelaki pula sering dikatakan selalu menjadi mangsa akibat nafsu wanita dalam konteks material.
Kesian. Eh, ye ke lelaki saja selalu jadi mangsa? :P

"Ada duit, abang sayang..tak ada duit abang melayang"
Frasa dalam bahasa Melayu tersebut selalu ditujukan kepada wanita-wanita dalam dunia.

Tidak dinafikan, perempuan/wanita seperti aku yang selalu melabelkan diri sendiri sebagai "gold digger" dan materialistik memang menakutkan ramai lelaki di luar sana.
Semestinya orang takut sebab belum apa-apa..dah nampak sign $ melaui kornea mata.
Takut kan?
Haha.

Namun, pernah tak kalian terfikir bahawa golongan wanita yang melabelkan diri mereka sebagai materialistik ini adalah satu golongan yang jujur. heh :)
Konfrontasi adalah sesuatu perkara yang sangat susah untuk dilakukan oleh mana-mana manusia kerana dek takutkan persepsi negatif yang mereka akan terima bahananya bila dengan selamba mengatakan
"Saya materialistik" =.=

"Money is not everything but Money is really something"
Itu falsampah yang aku tanamkan dalam diri sejak kecil lagi.
Hidup susah adalah satu keadaan yang sangat-sangat kalau boleh nak di elakkan sejauh mungkin.
Siapa yang nak hidup susah? Secara sukarelanya ..ada ke yang nak hidup susah?
Tapi tak senang nak jadi senang dan senang sebenarnya nak jadi susah.

Lihat sekeliling, golongan wanita yang secara terang-terangan ini di kutuk secara membabi-buta.
Just because of their honest expression of being a materialistic woman. Just that!:)
Kembali kepada persepsi masyarakat yang sentiasa menjaga adab dan tatasusila..menjadi materialistik dengan secara terbuka ini bukanlah mudah.

Walhal, kalau nak diikut dari purata secara rambang..golongan wanita materialistik ini adalah sama banyak dengan jumlah lelaki "kaki spedo".
Cuma kita tak nampak secara terang-terangan aje. Sebab? orang lelaki kan tak suka bercerita dan kalau nak spedo..orang lelaki sebenarnya lagi hebat dari perempuan.

Aku phobia. LOL.
Kalau terjumpa dengan lelaki2 kaki spedo ni..cepat-cepat invisible kan diri.
Gila? Ingat aku level sugar mummy kah? 
Tak mampu..walaupun bekerja dan guna semua duit sendiri punya untuk hidup.
Sorry...aku tak mampu!
Takut dengan golongan lelaki spedo yang menggunakan ayat-ayat semanis madu walhal habuk pun tak ada, membuatkan aku langsung sanggup tidak mahu berkenalan dengan lelaki-lelaki bergelar "strangers" ini. 

Perempuan Materialistik..taklah pelik sangat bunyinya..
Sebab sejak azali memang kita sudah tahu..tanggungjawab lelaki cari rezeki dan perempuan kerjanya -spend wisely! lol
Tetapi, kalau lelaki kaki spedo? Hmmm.. aku mohon dijauhkan.
Sebab bila dua-dua berada dalam kategori yang sama...rasa macam tak kena!
Haha.
Kalau buku bertemu ruas..dalam konteks sebegini memang lah tak seronok.
Sebab? siapa yang nak pusing siapa dan siapa yang akan pusing siapa?
Itu persoalannya. :)

*Awal tahun yang lemau. Aku hilang idea. Kurang excitement! Minggu depan terbang ke Kuching. Harap dalam masa 4 hari kerja diluar KL, akan kurang sikit kelemauannya.