Satu . Tiga . Satu tiga
Tiada apa yang istimewa dengan tarikh hari ni.
Sekadar meraikan kedatangan bulan Mac untuk tahun 2013 dengan tanpa sebarang expectation.
Rasa baru sahaja masuk tahun 2013 semalam..
Tup..tup hari ni dah 1haribulan tiga.
Masa tak tunggu kita dan makin hari makin laju rasanya.
Apa achievement sepanjang 2013?
Ada apa yang dibanggakan?
Ada apa yang ingat dikongsikan?
Ada apa yang inging diceritakan?
Tak ada apa.
Sebab setiap hari aku cuba hidup macam biasa sebab sememangnya takut hidup yang luar biasa.
A ah. Aku memang suka hidup dalam comfort zone.
Changes is not always good, right?
Hidup biasa-biasa, masih dikurniakan nikmat untuk bernafas, makan dan sempurna dimata sendiri rasanya.
Tak perlu yang susah payah sanga-sangat dan buat yang tak pasti akan dapat sampai ke tahap yang kita suka. :P
Merepek-repek dikala menunggu tamat waktu pejabat membuatkan aku sendiri blur.
Hidup ini kita yang dictate.
Kegembiraan dan ketenangan tak dapat dicapai kalau asyik amik port dengan apa orang kata.
Lantak pi lah!
Janji kita bahagia :)
Lepas geram naik rolller-coster hujung minggu ini.
Kawasan Tanah tinggi masih lagi menjadi lokasi Destinasi "de stress" bulanan.
Kalau bulan lepas makan strawberry sampai nak muntah...kali ini kami nak bermain puas-puas.
Oh..March,please be nice! :D
Destinasi "de stress" Februari 2013. Pertama kali jejakkan kaki di sini sepanjang hampir 28 tahun di muka bumi. Alhamdulillah :) Oh..itulah "kami"- Keen, Yaya n Weewee : Geng travel bulanan tak rasmi!