Wednesday, June 15, 2011

4 years to the BIG 3-0whhh..

Bila seorang sahabat mengeluarkan ayat sebegini..

"lagi 4 tahun ko 30 kot?"

Aku tersentak dan bagaikan tak percaya "ketuaan" aku da berada di tahap itu.

Mulalah emosi yang sedang di lemak maniskan dengan PMS menggangu tahap pemikiran dan akal yang setenang air di kali pada ketika ini.
Lantas terpaksa akal menerima dan perasaan mengiyakan kenyataan diatas.

Pada usia 26..apa yang telah dapat dicapai?
People always said-Don't look back and Look forward!
Tapi..kadang kala, memandang kebelakang seketika mampu membuatkan kita muhasabahkan diri dengan segala keterlanjuran dan juga kejayaan yang telah dikecapi.

Apa yang aku ada pada usia 26 tahun?
Material- Oklah! Sebab masih mampu tidur atas katil queen size milik sendiri dan tak hutang dengan mana-mana kedai perabot. Ada kereta yang nak membawa aku kesana kesini dan sikit-sikit keperluan hidup macam orang lain.

Kalau nak diikutkan, masih banyak lagi perkara dan kejayaan yang major masih belum dapat dikecapi.
Bak kata orang, "Nothing is impossible"

What makes it Not impossible at all?
  • Good Plan
  • Great Strategy
and
  • Excellent Execution

Hah!
I just dont plan anything in regards to my life since last year Just because I am not happy with the consequences and afraid of the risk..so,I let it go.
Tak perlu plan bagai kalau sendiri rasa tak happy di akhir hari!
Tapi orang selalu cakap, tanpa plan tak sampailah matlamat.
Betul, tapi hakikatnya- siapa pun yang suka rasa sakit bila segala-galanya tak menjadi?

Orang kutuk aku kata aku manusia yang dah putus asa.
Aku hanya -Ketawa dan senyum lebar-lebar.

Nak argue dengan pendapat orang lain?
Itu kerja yang tak mendatangkan faedah namanya.
Buang masa ye.

Lagi 4 tahun ke angka 30.
Kadang2 kita rasa life kita sucks..
Hidup tak selalunya dalam arena keseronokkan macam yang kita mahu.
Tapi, kita kena fikir- dalam dunia ni memang tak semua benda kita boleh dapat!
At least aku masih mempunyai sifat sempurna, kebebasan untuk keluar tanpa halangan sesiapa dan pada bila-bila masa, mampu berfikir dengan akal yang ada tanpa ada sesiapa mengsaikokan aku, boleh membuat keputusan tanpa ada manusia lain yang menghalang dan juga berjaya berdiri sekuat ini sehingga saat ini.

Jangan compare diri sendiri dengan orang lain (walaupun itu lah yang aku dok buat hari-hari)
Boost up the self esteem even yourself been thinking that "loser" is the biggest word in the heart.
Be proud of yourself since you cant force people to give you an honest compliment everyday.
Be thankful and try very hard to be independent.
Since 4 years its not that long to go...
I will be spending my late 20s in a happiest and adventurous way..as hard as I can!

Miss 30 y.o Lea...be patient and kindly wait for a while, okie? =)

Monday, June 13, 2011

If we ever meet again.. and finally- we did!

Bermula dengan hanya sebaris pertanyaan mudah sebagai "pemecah gelas" bicara

"Balik JB ke bang?"

13.6.2006
Restoran "aku-dah-tak-ingat-nama-nya"
Machap.

Brader tu muka gangster.
Kalau sekali tengok- tak berani nak tgk dua kali atau kali ketiga.

Brader tu mengangguk
"A'ah balik JB!"

Aku bersuara sambil menyalakan sebatang rokok kegemaran dan melabuhkan punggung aset terhebatku disebelahnya.

"JB kat ne bang?"

"JB kat Perling..awak ni panggil2 saya abang..Awak ingat umur saya berapa?", soalnya serious sambil menyedut asap rokok Winston ditangannya.

............Aku terkedu. Takkanlah badan sebesar Gorilla ni, muda lagi dari aku! LOL!

Brader yang ku usik2 ajak berbual ni memang tak hensem. Besar dan menakutkan!
Entah kenapa terusik pandangan ...terlepas kata untuk berbual.
Kalau handsome- memanglah nampak sangat kan?!
Dia seusia dengan aku rupanya! LOLOLOL!
Patutla marah benar bila aku panggil dia "bang!"
Hahaha.

Lahir sama tahun...
Cuma dia memang tua lagi dari aku.- 10 bulan tua!
Seorang headboys sekolah lelaki ternama dalam JB.
Sekolah yang paling glamour, yang kononnya best tapi dibenci sekelian sekolah lain.
Serious tak sangka dia sebrilliant itu!
Result SPM kalau nak compare ngn aku memang "jauh ke perut"

Berkawan dalam erti kata sebenar.
SMS- Surat- Friendster- Facebook dan Kini BBM!

Asas persahabatan berkenaan dengan KEHIDUPAN.
Kalau keluar, kami berbicara tentang hidup, kekayaan, keperluan dan juga masa depan.
Yang sememangnya dia lagi hebat membentangkan pelan2 khusus yang mampu dicapai dalam sesetengah durasi masa.
Tak sampai sepuluh kali berjumpa, melepak dan ketawa rasanya...
Tuntutan belajar yang bertempat di Bintulu membuatkan kami jarang jumpa dan kadang-kadang terlupa!

5 tahun berlalu...
12.6.2011
Kami bertemu
Menjadi petani moden sememangnya cita-cita tinggi melangit sebesar orangnya.
Bangga bertemu kawan yang sunyi tanpa berita
Dek kesibukan masing-masing mengejar dunia dan cita-cita
Aku senyum tengok dia dan biji matanya terbuntang bila tengok aku! Iya?

Kami tak pernah berubah perangai walaupun umur dah tua.
Soal kehidupan masih menjadi konsep utama perbualan.
Mengarut dan bertekak bila pandangan masing2 tidak diterima
Ketawa terbahak-bahak tanpa mempedulikan sesiapa bagai orang gila
Kami suka berada dalam hidup serta dunia yang kami punya.

The value of friendship itu tidak terungkai dalam sebarang ayat dan kata-kata.
Walau jauh beribu batu, walau hilang dari pandangan dan bertahun tak jumpa...
Bukan bercinta bukan bermadah...tapi sayangnya masing2 tetap ada.

Its good to meet you again Ajim..
We never left each other even we just remain silent. For years.

Tengok gambar kat bawah...We didn't change a lot kan, Jim?


2011 - (26)

2007 (22)

I miss you, Azim Hazny and its great to see you back! =D

Friday, June 10, 2011

Titik Pandangan

Titik pandangan setiap manusia berbeza-beza.
Kadang-kadang sahaja ianya -sama.
Tapi tak selalu lah!

Sebagai manusia yang normal (walaupun hanya 9 jari yang berfungsi)
Hidup dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum mampu mendatangkan pelbagai persoalan tentang kehidupan.

Ada yang suka, ada yang tidak!
Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang TERhebat,TERbaik, TERcantik, TERpandai, TERkaya, TERnama dan pelbagai lagi TER yang susah untuk disangkal demi mendapatkan pengiktirafan dalam dunia yang fana ini.

Bila dah berlumba-lumba, jadi lah satu pertandingan walaupun secara kasarnya tidak nampak dari sudut mata yang bulat membesar sehari-hari.
Pertandingan hidup juga ditambah dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat dan juga menjadi pemangkin untuk kita melihat sejauh mana kehebatan hidup pesaing-pesaing yang lain!

Ah dunia internet tak bersempadan. Dunia hakiki juga yang berkekalan.

Apabila diutarakan soalan CEPUMAS yang seringkali di tanyakan sehingga rasa muntah hijau akan membuak keluar dari mulut..aku rasa macam nak pengsan!

Soal NIKAH-KAHWEN yang terlalu subjektif untuk diperkatakan menjadi isu hangat.
Soalan-soalan itu pula selalu ditanyakan oleh "BAKAL-BAKAL" ISTERI dan juga "ISTERI-ISTERI" yang dinikahi suami mereka hanya tak sampai 10 tahun!

Kenapa agaknya?
Jadi masalah ke bila aku berumur 26 tak ada perancangan nak mengikut jejak langkah kalian dalam hidup berkeluarga?
26 bukan 40 ok.
Ada juga yang 40an tapi masih bujang dan tak kacau orang terutamanya suami-suami kalian.
Jadi, ada beza?

Masyarakat majmuk terutamanya orang-orang sekeliling masih lagi nak memandang serong pada perempuan-perempuan yang belum dinikahi mana-mana lelaki lagi.
Pendapat dan pandangan masing-masing berlainan.
Kita tak boleh paksa orang ikut pandangan kita dan kita tak boleh suruh orang ikut cakap kita.

Jadi, bila kau dah nak menikah je..kau ajak aku sekali bersama-sama masuk dunia kau?
Macam tu?
Walaupun aku tak ada calon sesuai dan tak bersedia?
Begitukah caranya?

Aku pernah bertindak untuk tidak berkawan dengan salah seorang "bekas kawan" yang berpendapat begitu.
Dahulunya, berhorey-horey sebagai anak gadis remaja sememangnya aktiviti kami.
Keluar melepak, menghabiskan masa senggang bersama teman-teman dan pelbagai aktiviti yang selalunya dilakukan oleh anak muda- menjadi pelengkap hidup kami.

Negativiti terhadap perkara berkenaan tidak wujud sama sekali.
Sampailah bila dia diseru jodoh datang ke hati.
Lantas dia menukarkan persepsi diri dan terus memberikan mukadimmah serat ceramah free kepada aku.

Aku faham, menuju ke jalan yang lagi satu adalah satu kebaikan untuk semua umat manusia terutamanya perempuan yang selalunya memasang angan-angan agar disunting untuk dijadikan suri hati si lelaki bergelar suami.
Aku tumpang gembira.
Namun, segala tindak tanduk dan kelakuan aku pulak dipersoalkan.
Membangkang segala perlakuan dan percakapan serta pandangan dari pelbagai konteks dalam kehidupan? Mengapa?
Padahal- dia manusia yang pernah dulunya lebih hebat dari aku!
Bila dia berubah menjadi baik- aku terus diakatakan JAHAT.
Just because I am not getting married!

Bila dah melangkah ke dunia baru, tidak perlulah nak kata dunia aku kotor pulak!
Kita belum tahu nasib diri sendiri akan datang.
Kecaman terhadap aku dan wanita-wanita yang belum disunting menjadi suri hidup lelaki ini tidak lah harus di perbesarkan.

Belum nikah tak bermakna hidup tak indah!
Sila ingat kembali cerita lama- Sejarah akan masih disitu walaupun cuba diluputkan dari ingatan.
Sebab otak kita bersangkut paut dengan hati dan tiada program yang boleh men"delete"kan semuanya dalam masa 2 minit!-Recycle bin pun tak boleh nak dikosongkan.

Sila hayati dan ingat kembali....
Titik pandangan semua manusia tidak selari.
Bahagia- itu yang kita cari.. :)

Thursday, June 9, 2011

Indah

Kita selalu mengharapkan yang indah-indah aje dalam hidup ini.
Betul?
Siapa yang taknak perkara indah terjadi dalam hidup?
Ditambah lagi dengan kehebatan teknologi tanpa batasan kini, segalanya mungkin terjadi.

Bermonolog menyingkap segala keindahan dan kesenangan yang diberikan tuhan mampu menutup segala kesengsaraan hati dan jiwa yang tak berkesudahan.

Aku hidup tiada perancangan jangka panjang.
Jalan terus apa yang ada.
Bila ditanya soalan bingai seperti
"What will be your plan for the next five years?'
Bungkam memikirkan jawapan- kerana aku tidak punya apa untuk dilontarkan dari pemikiran.
"Just go with the flow"

Memang tiada apa-apa yang dirancang.
Perkara-perkara besar seperti keluarga, kerjaya, kekayaan,peluang dan pelbagai lagi tidak pernah menjadi priority hidup pada masa kini.

Aku pernah menjadi seorang yang cukup lengkap perancangan hidup.
Sampai setiap malam sebelum tidur juga akan di ungkaikan pelan2 untuk esok pagi, lusa dan seterusnya.

People changed, so am I.
Memiliki hidup tanpa perancangan besar yang menyesakkan kepala, kadang-kadang membahagiakan diri.
Least expected towards the big issue is kinda cool!
But, just because you least expected, it doesn't mean that you are useless!

Pemikiran manusia lain-lain.
Cara pembawakan berbeza.
Hidup pun tak sama.

Memang tak sama diri sendiri dengan orang lain- walaupun adik beradik seibu sebapa.
Menggapai cita-cita sebesar alam menjadi fokus utama kebanyakkan manusia.
Tetapi tidak untuk aku.

Bangun pagi dengan senyuman sebab bila ada yang bertanya...
"Kenapa kau sengih pagi2 ni?"

Jawapannya senang aje
"Aku tak berharap agar sesuatu yang hebat atau yang buruk berlaku! The game has just began! Life without big plans could be the best challenges on earth! Embrace it!"

Just my 32cents.
Its 9th June already...