Thursday, June 9, 2011

Indah

Kita selalu mengharapkan yang indah-indah aje dalam hidup ini.
Betul?
Siapa yang taknak perkara indah terjadi dalam hidup?
Ditambah lagi dengan kehebatan teknologi tanpa batasan kini, segalanya mungkin terjadi.

Bermonolog menyingkap segala keindahan dan kesenangan yang diberikan tuhan mampu menutup segala kesengsaraan hati dan jiwa yang tak berkesudahan.

Aku hidup tiada perancangan jangka panjang.
Jalan terus apa yang ada.
Bila ditanya soalan bingai seperti
"What will be your plan for the next five years?'
Bungkam memikirkan jawapan- kerana aku tidak punya apa untuk dilontarkan dari pemikiran.
"Just go with the flow"

Memang tiada apa-apa yang dirancang.
Perkara-perkara besar seperti keluarga, kerjaya, kekayaan,peluang dan pelbagai lagi tidak pernah menjadi priority hidup pada masa kini.

Aku pernah menjadi seorang yang cukup lengkap perancangan hidup.
Sampai setiap malam sebelum tidur juga akan di ungkaikan pelan2 untuk esok pagi, lusa dan seterusnya.

People changed, so am I.
Memiliki hidup tanpa perancangan besar yang menyesakkan kepala, kadang-kadang membahagiakan diri.
Least expected towards the big issue is kinda cool!
But, just because you least expected, it doesn't mean that you are useless!

Pemikiran manusia lain-lain.
Cara pembawakan berbeza.
Hidup pun tak sama.

Memang tak sama diri sendiri dengan orang lain- walaupun adik beradik seibu sebapa.
Menggapai cita-cita sebesar alam menjadi fokus utama kebanyakkan manusia.
Tetapi tidak untuk aku.

Bangun pagi dengan senyuman sebab bila ada yang bertanya...
"Kenapa kau sengih pagi2 ni?"

Jawapannya senang aje
"Aku tak berharap agar sesuatu yang hebat atau yang buruk berlaku! The game has just began! Life without big plans could be the best challenges on earth! Embrace it!"

Just my 32cents.
Its 9th June already...