Titik pandangan setiap manusia berbeza-beza.
Kadang-kadang sahaja ianya -sama.
Tapi tak selalu lah!
Sebagai manusia yang normal (walaupun hanya 9 jari yang berfungsi)
Hidup dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum mampu mendatangkan pelbagai persoalan tentang kehidupan.
Ada yang suka, ada yang tidak!
Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi yang TERhebat,TERbaik, TERcantik, TERpandai, TERkaya, TERnama dan pelbagai lagi TER yang susah untuk disangkal demi mendapatkan pengiktirafan dalam dunia yang fana ini.
Bila dah berlumba-lumba, jadi lah satu pertandingan walaupun secara kasarnya tidak nampak dari sudut mata yang bulat membesar sehari-hari.
Pertandingan hidup juga ditambah dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat dan juga menjadi pemangkin untuk kita melihat sejauh mana kehebatan hidup pesaing-pesaing yang lain!
Ah dunia internet tak bersempadan. Dunia hakiki juga yang berkekalan.
Apabila diutarakan soalan CEPUMAS yang seringkali di tanyakan sehingga rasa muntah hijau akan membuak keluar dari mulut..aku rasa macam nak pengsan!
Soal NIKAH-KAHWEN yang terlalu subjektif untuk diperkatakan menjadi isu hangat.
Soalan-soalan itu pula selalu ditanyakan oleh "BAKAL-BAKAL" ISTERI dan juga "ISTERI-ISTERI" yang dinikahi suami mereka hanya tak sampai 10 tahun!
Kenapa agaknya?
Jadi masalah ke bila aku berumur 26 tak ada perancangan nak mengikut jejak langkah kalian dalam hidup berkeluarga?
26 bukan 40 ok.
Ada juga yang 40an tapi masih bujang dan tak kacau orang terutamanya suami-suami kalian.
Jadi, ada beza?
Masyarakat majmuk terutamanya orang-orang sekeliling masih lagi nak memandang serong pada perempuan-perempuan yang belum dinikahi mana-mana lelaki lagi.
Pendapat dan pandangan masing-masing berlainan.
Kita tak boleh paksa orang ikut pandangan kita dan kita tak boleh suruh orang ikut cakap kita.
Jadi, bila kau dah nak menikah je..kau ajak aku sekali bersama-sama masuk dunia kau?
Macam tu?
Walaupun aku tak ada calon sesuai dan tak bersedia?
Begitukah caranya?
Aku pernah bertindak untuk tidak berkawan dengan salah seorang "bekas kawan" yang berpendapat begitu.
Dahulunya, berhorey-horey sebagai anak gadis remaja sememangnya aktiviti kami.
Keluar melepak, menghabiskan masa senggang bersama teman-teman dan pelbagai aktiviti yang selalunya dilakukan oleh anak muda- menjadi pelengkap hidup kami.
Negativiti terhadap perkara berkenaan tidak wujud sama sekali.
Sampailah bila dia diseru jodoh datang ke hati.
Lantas dia menukarkan persepsi diri dan terus memberikan mukadimmah serat ceramah free kepada aku.
Aku faham, menuju ke jalan yang lagi satu adalah satu kebaikan untuk semua umat manusia terutamanya perempuan yang selalunya memasang angan-angan agar disunting untuk dijadikan suri hati si lelaki bergelar suami.
Aku tumpang gembira.
Namun, segala tindak tanduk dan kelakuan aku pulak dipersoalkan.
Membangkang segala perlakuan dan percakapan serta pandangan dari pelbagai konteks dalam kehidupan? Mengapa?
Padahal- dia manusia yang pernah dulunya lebih hebat dari aku!
Bila dia berubah menjadi baik- aku terus diakatakan JAHAT.
Just because I am not getting married!
Bila dah melangkah ke dunia baru, tidak perlulah nak kata dunia aku kotor pulak!
Kita belum tahu nasib diri sendiri akan datang.
Kecaman terhadap aku dan wanita-wanita yang belum disunting menjadi suri hidup lelaki ini tidak lah harus di perbesarkan.
Belum nikah tak bermakna hidup tak indah!
Sila ingat kembali cerita lama- Sejarah akan masih disitu walaupun cuba diluputkan dari ingatan.
Sebab otak kita bersangkut paut dengan hati dan tiada program yang boleh men"delete"kan semuanya dalam masa 2 minit!-Recycle bin pun tak boleh nak dikosongkan.
Sila hayati dan ingat kembali....
Titik pandangan semua manusia tidak selari.
Bahagia- itu yang kita cari.. :)