Wednesday, June 15, 2011

4 years to the BIG 3-0whhh..

Bila seorang sahabat mengeluarkan ayat sebegini..

"lagi 4 tahun ko 30 kot?"

Aku tersentak dan bagaikan tak percaya "ketuaan" aku da berada di tahap itu.

Mulalah emosi yang sedang di lemak maniskan dengan PMS menggangu tahap pemikiran dan akal yang setenang air di kali pada ketika ini.
Lantas terpaksa akal menerima dan perasaan mengiyakan kenyataan diatas.

Pada usia 26..apa yang telah dapat dicapai?
People always said-Don't look back and Look forward!
Tapi..kadang kala, memandang kebelakang seketika mampu membuatkan kita muhasabahkan diri dengan segala keterlanjuran dan juga kejayaan yang telah dikecapi.

Apa yang aku ada pada usia 26 tahun?
Material- Oklah! Sebab masih mampu tidur atas katil queen size milik sendiri dan tak hutang dengan mana-mana kedai perabot. Ada kereta yang nak membawa aku kesana kesini dan sikit-sikit keperluan hidup macam orang lain.

Kalau nak diikutkan, masih banyak lagi perkara dan kejayaan yang major masih belum dapat dikecapi.
Bak kata orang, "Nothing is impossible"

What makes it Not impossible at all?
  • Good Plan
  • Great Strategy
and
  • Excellent Execution

Hah!
I just dont plan anything in regards to my life since last year Just because I am not happy with the consequences and afraid of the risk..so,I let it go.
Tak perlu plan bagai kalau sendiri rasa tak happy di akhir hari!
Tapi orang selalu cakap, tanpa plan tak sampailah matlamat.
Betul, tapi hakikatnya- siapa pun yang suka rasa sakit bila segala-galanya tak menjadi?

Orang kutuk aku kata aku manusia yang dah putus asa.
Aku hanya -Ketawa dan senyum lebar-lebar.

Nak argue dengan pendapat orang lain?
Itu kerja yang tak mendatangkan faedah namanya.
Buang masa ye.

Lagi 4 tahun ke angka 30.
Kadang2 kita rasa life kita sucks..
Hidup tak selalunya dalam arena keseronokkan macam yang kita mahu.
Tapi, kita kena fikir- dalam dunia ni memang tak semua benda kita boleh dapat!
At least aku masih mempunyai sifat sempurna, kebebasan untuk keluar tanpa halangan sesiapa dan pada bila-bila masa, mampu berfikir dengan akal yang ada tanpa ada sesiapa mengsaikokan aku, boleh membuat keputusan tanpa ada manusia lain yang menghalang dan juga berjaya berdiri sekuat ini sehingga saat ini.

Jangan compare diri sendiri dengan orang lain (walaupun itu lah yang aku dok buat hari-hari)
Boost up the self esteem even yourself been thinking that "loser" is the biggest word in the heart.
Be proud of yourself since you cant force people to give you an honest compliment everyday.
Be thankful and try very hard to be independent.
Since 4 years its not that long to go...
I will be spending my late 20s in a happiest and adventurous way..as hard as I can!

Miss 30 y.o Lea...be patient and kindly wait for a while, okie? =)