Mungkin kali ini agak emo sikit cara aku tulis.
2009
Macam2 da jadi.
Lahir lah blog ni nak menceritakan pasal hidup aku yang takde specialnya ni...
Blog yang ditemui oleh manusia yang aku mahu dialah mahkluk terakhir yang tahu aku ada blog..
Haru biru hidup aku
Suka gembira perjalanan seharian..
Tapi yang pasti,
penghujung 2009 telah banyak membuatkan aku berfikir dan mengenang segala salah dan silap serta dosa-dosa besar yang dah aku buat selama ni...
Kejam kah aku?
Ya..
Jahat kah aku?
Ya..
Hina kah aku?
Ya..
Lemah kah aku?
Ya..
Semua diatas adalah perkara-perkara yang aku rasakan sekarang dan ketika ini bilamana mata tak dapat terpejam dan ngantuk tak kunjung tiba selepas tamatnya majlis persandingan kawan rapat aku yang da 9 tahun kenal.
Macam2 rasa ada dalam hati.
Tak tertulis kat sini kerana aku sekarang rasa terlalu jijik pada diri sendiri.
Bersalah pada diri dan tuhan tak pernah menghukum manusia lain atas kesalahan diri sendiri.
Jijik..geli..berdosa..Haru Biru jadinya.
Tak ada yang lebih baik jika aku dapat ulang masa.
Kalau boleh, dengan apa yang dah aku buat selama nak masuk 25 tahun hidup atas muka bumi ni, rasa2nya nak balik semula ke masa yang mana aku baru keluar dari perut mak aku.
4 November 1985.
Dimana masa tu, aku takde apa2 dosa pun.
Tapi, mana mungkin kan?
Tu semua cakap2 kosong yang mana tak tercapai dek pemikiran.
Semua rasa bercampur baur..
Haih..
Bukan saje berdosa pada tuhan (yang dah tentu2 ada)
Malah- aku rasa berdosa pada sesetengah manusia yang dah banyak berbakti pada diri aku.
Cakaplah aku tak kenang budi..Cakaplah aku perempuan jahat..
Cakaplah aku tak sedar diri..
Cakaplah macam2 benda yang aku sendiri akan rasa hina dengan diri sendiri bila dengar ....
Heh kan?
Ikut nafsu lesu..Ikut hati, mati.
Ini lah dia rasa yang macam2 tu dalam hati.
Berkait rapat antara satu sama lain.
Aku dah mintak ampun..aku dah mintak maaf..
Dan kata manusia itu, dia dah maafkan aku.. Itu kata dekat mulut..kata dekat hati? Tuhan je yang tahu.
Tapi, harap2 dia maafkan aku seikhlas hatinya sebagaimana ikhlasnya dia jaga aku,bela aku, cinta aku,kasihkan aku selama 5 tahun aku dalam hidup dia.
Aku memang tak sedar diri kan?
Hehh nyaaaa!
Manusia buat silap..aku pun manusia..
Tapi, silap kali ni antara yang terbesar dalam hidup aku.
Terimalah rasa yang macam2 ni dalam hati.
Tapi, sokongan yang aku dapat dari macam2 pihak membuatkan aku mampu lagi tersengih2 dan ketawa besar kadang2..
Aku dah hilang "comfort zone" aku yang mana kehilangan itu adalah disebabkan kesilapan aku sendiri.
Duduk2 lepas subuh tadi, hati berdebar..bulu roma naik...
Haihh..tak pernah rasa camni..
Keputusan dah dibuat. Bukan dari aku tapi dari dia.
Keputusan dah dicapai disebabkan insiden yang aku sendiri tak tahu macammana aku boleh hilang akal dan jadi seberani bodoh begitu.
Akal dah tak boleh berfungsi pada masa tu rasanya.
Nak buang jauh2 imiginasi yang telah diulang tayang dalam fikiran.
Heh betul!
Aku rasa aku perlu bukak buku baru tahun depan.
Buku baru..Hidup baru..Gaya hidup baru...oh, dan sedang terfikir nak jadi NOOR ALIA yang baru.
Kena diri atas kaki sendiri. Semua kena buat sendiri..Belajar idup susah kembali.
Aku mintak doa dengan tuhan supaya tunjukkan aku jalan yang betul dan bagi petunjuk yang mana keputusan aku dah buat tu adalah tepat.
Sebab aku tak pernah buat camni dan mengalami situasi begini.
Rasa menyesal jangan cakaplah kan?!
Mari doa ramai2 supaya 2010 ni jadi lagi baik dari sebelumnya.
Hah.. dah 7 pagi mata masih tak mahu pejam2 lagi..
Macammana niiii????
Oh..nanti sambung lagi!
Selamat pagi!