Perjalanan yang sepatutnya 3 jam setengah aku cepatkan jadi 2 jam 45 minit.
Lebuhraya Utara Selatan jadi macam Federal Highway aku rasakan.
Terbayangkan Tol Skudai bermula sejak tag kan Smart Tag di Tol Sg Besi.
Dinihari dah berada diJB.
Rindu ok.
Rezeki bukan disini.
Rezeki aku ditengah-tengah kota KL.
Rindu sangat.
Balik dengan sepantas kilat.
Tak mampu nak tahan perasaan.
Bermula awal Ramadan
Macam-macam yang datang.
Dari duduk termenung sorang-sorang
Baik berbuka bersahur dengan keluarga tersayang
dan sahabat handai yang masih mahu meneman.
Rindu tak tertahan-tahan.
Teringat Todt yang macam-macam perangai.
Rasa nak terbang.
Dan aku dah sampai pun ke kampung halaman.
Bahagia..kan?
;-)