Hari ni dalam facebook sibuk orang cerita pasal result UPSR.
Yang mana anak-anak diorang dapat 5A semua sibuk post kat status diorang.
Alhamdulillah.
Yang mana anak-anak diorang tak dapat 5A, tulis jugak kat status..tapi takla tulis berapa A anak diorang dapat.
Alhamdulillah jugak.
Dulu, masa sekolah..selalu aku dengar orang tanya soalan camni
"Kau dapat berapa A?"
Tak kiralah..UPSR ke..PMR ke SPM ke..semua pun kuar soalan yang sama.
Dengan bangganya cakap lah berapa deret A yang aku penah dapat.
Ok. Bangga. Riak. Eksyen. Berlagak. Apa lagi? Oh.."Kekwat" (betul ke penggunaan perkataan ni kat sini?_
Dulu, 1997- 1st time UPSR jadi 5 subjek.
Jadi..bila dapat banyak A- bergema satu sekolah!
Lagi-lagi kalau dapat 5A- mak ai..siap mak bapak boleh cium2 dan buat kenduri kesyukuran.:)
Itu dulu.
Sekarang, berlambak-lambak budak dapat 5A. Sampai sekolah asrama tak cukup nak masukkan budak-budak 5A ni. Sampai budak-budak 5A nak masuk sekolah premium pun dah susah. Ramai sangat yang cemerlang,gemilang,terbilang dan belang-belang. Heh.
UPSR sekadar permulaan.
PMR tu pertengahan perjalanan pembelajaran.
SPM itu penghubung kecemerlangan dalam akademik.
Tak semestinya UPSR baik..PMR excellent..SPM gemilang..masa depan seseorang itu cerah!
=)
Sebab?Seiringan dengan umur, situasi , pergaulan, pemikiran..kecemerlangan akademik itu hanya penghubung kepada kehidupan yang bahagia.
Ia adalah sekeping kertas yang mampu membantu manusia mendapatkan kehidupan yang lebih baik JIKA digunakan secara betul dan berhati-hati.
Ingat orang ada degree semua berjaya ke dalam hidup?
Tak semestinya.
Ada degree tak semestinya kaya
Ada degree tak semestinya bahagia
Cuba lihat diluar sana.
Berapa ramai manusia yang ada "paper" , tapi kerja ntah apa-apa?
Ramai kan?
Tak pasti lagi kalau bagus belajar, baguslah hidup akan datang.
Bukan lah bermakna aku cakap "tak payah belajar".."berenti sekolah".."pergi mintak sedekah"..
Tak!
Cuma janganlah confident sangat bila result tu gempak.:)
Sebab nasib kita tak terletak pada result yang cemerlang semata-mata.
Kita yang decide. Kita yang kalerkan.Kita yang hendak.:)
Nak tau result aku berapa masa UPSR dulu?
Result yang aku bangga2kan macam nak rak pada 1997?
Sila lihat gambar dibawah.
Cuba teka..nama aku yang mana?
Hahahaha..
*Stress sebenarnya sebab sakit tak baik lagi dan terapi tangan hanya dekat komputer*:(