Friday, July 20, 2012

Dia datang lagi...

Bersyukur sebab berjaya jumpa dia lagi.
Panjang umur..ketentuan tuhan..sampai masa..
Perayaan itu akan ditemui lagi.

Apa makna Ramadan dan Syawal dalam kehidupan?
Top-up pahala..berlipat kali ganda ganjaran untuk yang mengerjakannya.

Sehari sebelum Ramadan.
Aku moody bagaikan hilang akal.
Tak pasti sama ada beban kerja yang menjadi penyebab kemerosotan mood ini
Atau
pelbagai kisah yang Ya yang Tidak datang menerjah hati dan minda yang semakin berserabut
Ataupun memang aku tak dikurniakan keberkatan sempena bulan yang mulia ini?

Malam, journey bermula.
Kembali ke jajahan takluk Sultan Ibrahim seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ramadan pertama bersama keluarga

Tidak sekelumit rasa excited tiba.
Tidak rindu apa-apa dan siapa-siapa.
Mungkin benar, aku tak dapat rahmat keberkatan Ramadan..
Macam hantu..walaupun setan da dikurung..-_-"

Bersyukur atas segala kurniaannya.
Tak payah nak bagitau semua orang..
Tak payah nak taip "I'm blessed" atau "I'm truly blessed" sepanjang masa..
Meluat semua orang jadinya..
Macam kononnya.. kau sahaja yang di"blessed" kan Allah

Mari mengadap bulan yang paling mudah untuk kita dapat pahala..
Aku? Mungkin kurang lagi hari puasa..rasanya ..
Akibat dua outstation event yang akan berjalan sepanjang Ramadan kali ini..
Kira Musafir lah kan?

Katanya.....