Wednesday, July 18, 2012

"Salah Bantal"

Hari ke 5 berperang dengan "salah bantal"
Bukan bantal yang hendak disalahkan disini..
Tetapi akibat keasyikan tidur malam yang terlampau enak membuatkan kedudukan leher tidak stabil dan menyebabkan kekejangan urat leher dan "salah bantal" pun berlaku.

Ya. Sudah 5 hari membawa kepala bagaikan seorang Robocop.
Tak cool langsung.
Hilang style.
Bila nak pandang ke kiri, leher tak mampu nak dipusingkan.
Dengan badan-badan terus turut berpusing ke kiri.
Pasrah dan redha.
Kesakitan ini membuatkan aku diberi MC selama dua hari.

Bekerja selama 7 hari sepanjang minggu lalu membuatkan tahap stress naik pada kadar 8.9
Dengan shotting corporate video yang berlangsung 5 hari dan pada masa yang sama aku perlu koordinasikan segala keperluan conversion course untuk para Arbitrator yang sememangnya diva..membuatkan aku rasa..
Atas tak sampai bawah tak jejak.

Bukan senang menjadi seorang sahaja Kuliketive tunggal yang berjaya dalam sebuah department.
LOL.
Tak berjaya sangat pun.
Tapi, dengan bantuan colleagues yang mana rajin tolong si budak Marcom yang tinggal seorang tertonggang tonggeng settlekan training materials ni..Alhamdulillah..kurang lah sikit beban dan sakit badan..

Tapiiii.......
hampir demam (actually memang dah demam..selsema..migraine 7hari seminggu) dan MC dua hari pun macam tak MC bilamana laptop perlu dibawa balik bagi melangsaikan segala hutang piutang kerja.

This is really fun sebenarnya.
Aku je yang dah lama tak dicabar sebegini rupa.
Faktor umur dan kemalasan yang disebabkan kemanjaan dari segi masa bekerja dan dah banyak sangat rileks since takde event selama 3 bulan...inilah semua yang menyebabkan aku terus diserang pelbagai penyakit stress dan mengada-ngada.

Hari ke 5, leher masih macam Robocop.
Keen kata, leher Iron Man.
Yang pasti..aku hilang nikmat dunia untuk pusing ke kiri dengan mudahnya sementara waktu..
Pasrah..menyerah..berdoa..
Ammeltz Yoko-yoko botol warna merah ni sebenarnya panas jugak bila da kena pada kulit.

Tolong ketawakan aku..dan pada masa yang sama...doakan aku supaya pulih seperti sediakala.
Seksaaa ooo..
Hari Rabu yang rileks sikit.
Sikit je.

Tak sabar nak balik JB hujung minggu lepas kelas berenang Jumaat ni.
Cuti Isnin dan approved.
Yippie!!!!

Ramadan datang lagi..
Ucap syukur sebab mampu bertemu bulan yang senang nak dapatkan pahala ni.
Alhamdulillah..