Wednesday, May 19, 2010

"Kau bila lagi?"

Aku rasa nak lepuk je manusia2 yang sesenang hatinya bertanyakan soalan itu

Bila apa nya?

Padahal manusia-manusia itu tahu dan aku rasa sekelian alam itu pasti yang aku tidak berboyfriend kala ini.
Jadi. kenapa mesti tanya soalan heh itu?
Saja menyakitkan hati atau memang suka buat lawak antarabangsa?

Ini semua akibat aku mengupload gambar hari masuk "sebelah kaki dalam family" dalam mukabuku.
Itu abang aku lah!
Betunang hujung minggu lalu.
Jadi kenapa mesti tanya adiknya yang kecik umur ni.
Oh. kecik lagi rasanya!
Hidup pun terumbang ambing. lagi nak tanya soalan HEH sebegitu.
Tak ke HEH tu?

Aku benci soalan itu.
Tolong jangan tanya lagi.
Menyampah.
Sebab memang sebenar-benarya
Aku tak fikir nak kahwin!
Takde langsung dalam perancangan hidup 2-5 tahun dari sekarang.
Fikir nak beranak adelah!
Nak kahwin? Oh..sangat berat.

Kalau boleh..nak suruh adik aku kahwin dulu.Lepaskan kaklong kahwin lagi sekali.. baru cerita pasal aku nak kahwin.
Ingat kahwin ni senang ke?
Jodoh akan datang tanpa di cari.
Sebab itu aku tak mahu mencari sekarang.
Tak mahu.
Tak ingin lagi.

Soalan "kau bila lagi" tu membuatkan aku nak lempang laju-laju je mulut-mulut mereka itu.

Oi manusia2 HEH!
Aku belum lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!!!
Ishk! Lempang kang!