"Bujang, anak emak, sayang abah. macam bercinta dengan anak buah "Todt", suka makan, suka mengarut,kuat tido, suka membaca, emosional, gedik, banyak cakap, suka gelak kalau ada yang buat lawak, pentingkan diri sendiri mengikut masa, bukan penyimpan wang yang baik, selalu dan senang kena tipu, bijak bagi advise kat orang lain tapi hidup sendiri kucar kacir, selalu konfius, blur,suka cari perhatian, ratu drama, perangai macam budak-budak kadang2, manja tak bertempat, suka sakitkan hati orang, mudah terpedaya dengan janji manis manusia, tak banyak kualiti bagus dalam idup, kuat menangis, nampak ganas tapi dalam hati ada taman, suka cakap kuat-kuat, perokok tegar-marlboro lights, suka dengar live band, perangai macam org kampung kadang2,pakaian kegemaran- seluar pendek dan tshirt takde lengan, mata duitan, kalau makan selalu tak habis, tak nak cari boyfriend tapi nak teman tapi mesra, degil, pemalas kadang-kadang, benci kalau jumpa manusia sombong, pr skills excellent kalau nak menggatal, cita-cita nak bercuti dekat London, naik bas merah dua tingkat, suka Manchester United FC, tak boleh jumpa kakak yang sulong lebih dari 3 hari- kalau tak, nanti berperang, tak boleh duduk serumah dengan emak lebih dr seminggu-walaupun anak emak,kawan baik ada dalam 6 orang dalam dunia, sayang adik, abang-ngah adalah lelaki paling rapat masa kecik, cepat ubah fikiran, kalau tak suka, selalu cakap depan-depan,selalu skeptikal dengan perangai lelaki, suka perempuan cute, mengagumi wanita berkareer dan berkeluarga, teringin nak ada anak sendiri walaupun takut nak kahwin, suka baby lelaki, gemarkan warna biru, selalu tak faham diri sendiri, banyak membazir waktu pada manusia2 yang tak mendatangkan faedah, superstitious kadang-kadang, suka makan lauk yang emak masak, obsess dengan duit RM100 sekeping yang warna purple tuh dan sedang mencari bahagia dalam hidup. =)"