atau
Memualkan selera manusia lain dengan ayat2 self indulge anda.
Geli la oi.
Itu tidak bermakna yang aku tak suka nak share kebahagiaan kalian.
Cemburu?
Tidak sama sekali..
Tapi, mual dan muak dengan ayat-ayat yang menggambarkan kehidupan anda yang terlalu bahagia itu.
Macam kau sorang je dapat "bless" dan "happiness"
dan orang2 lain..TAK?
Aku selalu percaya yang manusia2 yang selalu menceritakan kebahagiaan dan kegembiraan yang dilalui setiap hari dengan secara terang-terangannya itu, adalah manusia yang menyembunyikan sesuatu yang amat dasyat disebalik kegembiraannya itu :)
Percaya atau tidak..terpulang lah.
Tapi, selalunya kepercayaan aku itu menjadi betul.
Sebab, selang beberapa bulan selepas perkataan seperti "blessed" dan "very much happy" itu dibaca, macam2 jadi kepada mereka2 ini.
Ini adalah rambling di hari Ahad.
Tak ada kena mengena dengan sesiapa.
Tapi, harus diingat..
Kebahagiaan dan kegembiraan tak mungkin kekal macam tu je sepanjang masa.
Banyak lagi benda yang kita tak tahu akan jadi ..even dalam masa 3 minit akan datang.
Wehee! =)