Sunday, March 6, 2011

Hari-hari kedatangannya.

  • Sakit pada payudara
  • Sakit belakang
  • Pinggang rasa macam nak patah
  • Mood tak tentu arah
  • Penat tak pasal-pasal
  • Sakit perut
  • Migraine dan segala macam sakit kepala
  • Mengantuk
dan beberapa sindrom lain yang tak dapat nak dipastikan kesahihannya akan datang menjelma apabila saat-saat kehadiran ia hampir tiba.

Period
Uzur
Mensturasi

adalah terma-terma yang digunakan untuk menamakan "haid" setiap wanita asli dimuka bumi ini.


Penat nak menghadap masa 5-7 hari setiap bulan kan?
Rasa tak selesa sepanjang hari sebelum jelmaan hari-hari berdarah juga mampu mengubah pelbagai persepsi terhadap sesetengah wanita.
Perasaan bercelaru, resah gelisah, lapar macam nak gila adalah perkara-perkara normal yang di hantui kehidupan wanita normal yang akan mengalami keruntuhan dinding-dinding uterus.

Haid masih taboo dalam masyarakat kita.
Senantiasa menjadi subjek yang malu untuk dibincangkan.
Kaum lelaki jijik dan geli macam nak muntah hijau kalau si girlfriend atau bini nak meluahkan cerita tentang period mereka setiap bulan.
Hampeh punya jantan!
"Dapur' sendiri pun nak geli!
"Kebun" yang setiap hari dikerjakan pun tak sanggup nak didengar "kemerahan"nya apabila sampai waktu yang sepatutnya.
Yang sedap nak, bila masa "rehat", tak nak pula melayan!

Bila si isteri mintak urutkan perut yang menggelegak macam nak pecah akibat kepanasan suhu ketulan2 darah yang turun, tak mahu pula si laki melayan!
Bila si bini sakit kepala, sakit perut- katanya mengada-ngada lebih!
Bila si GF ada emergency, mintak dibelikan pad,-dikatanya "Tak nakla! Malu!"
Heh??? bukan?

Lelaki ingat kita ni semua "superwoman"kah?
Mau wanita seksi, bergaya,sopan, anggun dan tak boleh mengada-ngada?

Emosi yang sangat emosional waktu ini mampu membuatkan aku menaip setiap bait perkataan disini degan penuh perasaan amarah.
Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Cuma merealisasikan suara hati wanita-wanita yang pasangan mereka sangat heh dan jarang sekali nak memahami bila wanita itu dalam kerengsaan perut, pinggang dan sakit belakang.
Bukan wanita mengandung je yang patut dilayan seperti permaisuri tau!
Bukan perempuan-perempuan yang sakit hendak beranak je yang harus diutamakan dalam kehidupan, ok?

Fahamilah kehendak pasangan anda.
Walaupun secara amnya, wanita mempunyai 248++ mood (sewaktu hari-hari normal), mood tersebut akan naik secara mendadak ke amaun 457++ atau 765++.
Sila ambil nota.

Sakit period bukan benda yang sengaja digula-gulan perempuan untuk meminta perhatian drpd orang lain (walaupun ianya suatu alasan yang cukup hebat), namun, apa yang penting, keprihatinan dan kasih sayang dalam membantu beban sakit sewaktu haid itu dapat menyelamatkan anda dan pasangan anda hidup bahagia tanpa sebarang kekalutan dan pergaduhan sewaktu datangnya period itu.


p/s: aku belum berlaki lagi,tapi kesian tengok bini2 yang laki dia berperangai hampeh dan tak paham bila bini mereka kata "I penat lah, period ni..sakit kepala!". Yang mana, mereka tak mahu tolong langsung bni tu selesa kan diri! Bini bukan maid la oi! Bini tu isteri! Heh!

*emosi melampau sebab baru nampak insiden di parkir kereta rumah- laki masihsuruh bini angkat barang dr kereta padahal bini tu da kata dia penat pasal period! Percakapan yang kuat dan mampu membuat aku geram.

NOTA: Wanita dicipta untuk dicintai bukan untuk difahami.