Bila aku da masuk 17thn, aku taklah rasa "kakak-kakak" sangat.
Rasa sama macam 12thn jugak.
Macam takde beza.
Bila menginjak zaman 19thn, mereka-mereka diawal 20an dan 30an,masih kata aku tak matang.
Apabila 26tahun mengjengah, aku tengok ada juga manusia-manusia yang sepuluh tahun tua dari aku, masih tak matang-matang jugak.
Masih lagi buat benda-benda bodoh, perasan macam orang besar tapi takut nak tanggung risiko, kahwen -sekadar tak tahan dengan "peer pressure", beranak- walaupun tak bersedia, enjoy macam umur 13tahun, make-up stories just to impress people, make a decision without thinking for the future, berlawak macam tak cukup akal dan macam-macam lagi.
Apa benda ni?
Maknanya usia bukanlah pengukur kematangan manusia seseorang lah?
Setiap kali aku ingat balik,masa aku umur 9 tahun, perempuan yang berusia 23 tahun tu dah wajiblah jadi seorang wanita yang mampu memikul pelbagai beban dalam hidup mereka.
Sekarang? aku rasa budak baru 23 tahun- baru lepas grad, baru nak cari kerja, masih lagi nak clubbing hooohaa hooohaa sini sana dan silap2 haribulan, mak bapak jugak yang masih lagi bagi duit untuk isi minyak!
Kannnn?
Jadi, kalau macam tu? umur 26 tahun ni- tak mampu aku labelkan sebagai "kakak-kakak" jugak la?
Macam mana nak ukur kematangan seseorang manusia?
Oh..
dengan pengalaman.
Kan korang tahu, pengalaman hidup setiap manusia lain-lain.
Jadi tak de maknanya bila orang kata yang da tua bangka tu- matang
Kematangan tak ikut umur.
Kalau hidup tak bercampur orang,
Celik mata semua dapat,
Tak payah susah payah utk dapat apa2 dalam dunia ni..
Tak mungkin kau jadi matang sebab pengalaman tak setimpal dengan umur.
Kadang2..budak kecik pun boleh jadi lagi matang dari kita.
kan???