Thursday, July 21, 2011

Bulan puasa datang lagi...

Mummy call siang tadi.
Beriye benar suaranya.
Boleh membayangkan dia tersenyum-senyum sampai ke telinga.

Aku pelik...
Apa yang seronok sangat dah terjadi pagi ni?

Bila ditanya..jawab Mummy..
"Excited! Puasa da nak dekat! Rasa macam satu pesta bila sampainya bulan puasa"

Aku tersengih seorang decorong telefon.
Kegembiraan Mummy nak sambut bulan yang penuh barakah ini sama macam gembiranya rasa Todt bila dapat toy baru!

"Kau dah habis ganti puasa?", tanya Mummy
"Ada lagi 4 ke 5 hari lagi..", jawabku
"Eihh..sempat ke nak habiskan semua?", soalnya
Aku diam seribu bahasa..hanya gelakkan segan-silu-muka-tak-malu bergema dicorong telefon.

"Seronoknya rasa nak puasa ni..Insyallah..harap2 sempat lah jumpa bulan puasa kali ni..Kau tahu..?betapa banyaknya pahala yang senang nak kita dapat dlm bulan Ramadan?...Asyik fikir dunia je...kumpul duit banyak2 ....dekat akhirat tu..saham dah cukup?....", pertanyaan Mummy membuatkan aku diam dan masih lagi gelak-segan-silu-muka-tak-malu diakhir bicaranya.

"Oklah ustazah Sharimah..kite nak sambung keje", cepat2 aku nak putuskan nasihat2 Mummy yang kalau tak diberhentikan itu- akan meleret2 sampai lebih dari setengah jam.
Panas telinga dekat telefon. LoL!

"Ha..tu la kau..kalau aku nak cakap..terus je nak buat keje la itu la ini la..bla bla bla bla"...bidasnya.

Aku sengih sorang-sorang.
Apa yang Mummy cakap memang betul. Bukan menidakkan..tapi mengiyakan.
Cuma, anak muda macam aku kadang2 perlu ditazkirahkan hati dan otak supaya nasihat dan kata-kata mutiara itu dapat meresap jauh ke dalam hati dan fikiran.
Malas nak mendengar benda berulang-ulang walaupun tahu ianya untuk kebaikkan diri sendiri dan masa depan..
Hehehe..

Insyallah, Ramadan tahun ini akan jadi yang lebih baik dari tahun yang dulu.
Aku tak mahu buka puasa sorang-sorang lagi macam kisah tahun lepas...
Memang tak mahu ulang benda sedih macam itu lagi.

Oleh itu,Insyallah juga 1st dan 2nd Ramadan ni aku akan menyambutnya di kampung halaman tercinta.
Johor Bahru- nantikan daku!=D
Bazar Ramadan Dahlia, Bandar Baru Uda....fuh...tungguuuu! :P

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak!
Seronok nye nak puasa! Weheeee!!

p/s- Mummy- nanti kite pergi terawih sama-sama ye.
Anak angkat ni memang degil sebab pusar ada dua atas kepala. I love you!
;-)