Tuesday, August 30, 2011

Apa itu raya?

Semenjak dua da besar ni- raya tak banyak beza.
Apa itu raya?
Pengertian raya hanya terasa masa kecik2 aje.

Raya pertama, tengah harinya- dah habis la raya bagi aku.
Tahun ini- lagi kurang rasa meriahnya.
Pagi- pergi umah atok yg tak sampai dua km dr uma.
Salam mak abah- langsung air mata tak mengalir tahun ni. Hebat!
Pergi hoo haa hoo haa dkt uma atuk- bagi duit raya..makan dan makan..itu aje!
Mood raya tak ada. Langsung. Ditambah lagi dengan sakit tekak yang menjelma pada pagi raya bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Alasan untuk tidur pada hari raya pertama dapat dilaksanakan dengan tanpa rasa bersalah.

Selamat hari raya aidilfitri.
Apa pengertian raya bagi anda?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

Trauma dan kisah 10 hari cuti.

Bila bulan puasa datang menjelma- aku jadi seriau
Bila raya dah nak kunjung tiba- aku rasa tak sedap

Ada dua peristiwa berlaku dalam jangka masa diatas- tahun lalu.
Keriangan berpuasa dan keseronokkan nak menyambut Syawal dirosakkan dengan kejadian rumah dirompak dan kes samun bersenjata yang mencelakakan diri tahun lalu .

Hati bengkak.
Minda terganggu
Emosi bercelaru
Jari kelingking kanan masih lagi tak seperti dulu.
Seriau dan rasa meremang bulu roma mengingatkan saat-saat pahit itu.

Rasanya- sebab itulah puasa dan Eid kali ni tidak langsung terasa bahang kemeriahannya.
Puas aku pujuk hati nak datangkan mood utk berseronok time beraya.
Puas aku mainkan lagu raya 185 kali di laptop sewaktu bekerja..
Puas sudah aku nak datangkan eksaited beraya dengan mengingatkan bestnya rasa masa kecik2
Tapi hati tetap tak mau nak happy dan eksaited dengan raya yang kurang dari seminggu nak menjelma.

Emosi meliputi diri
Jiwa terusik bagaikan trauma yang aku takut nak menghadapinya setiap ketika.
Betul-betul takut.
Airmata juga begitu murah semenjak dua ni.
Terutamanya apabila memuhasabahkan diri dengan kekhilafan yang lalu
Silap yang sengaja dan tidak disengajakan..membuatkan hati sayu dan layu

Sampaikan rasa tak mahu sambut raya tahun ni.
Tak mahu pergi mana-mana
Tak nak pakai baju cantek-cantek
Tak nak mengadap sedara mara yang suka bertanyakan khabar dan soalan-soalan sensasi
Tak mahu disuruh emak kemas rumah, salin langsir, vacuum segala
Tak ingin nak tolong keluarga buat open house di hari raya
Aku nak pakai seluar pendek- t shirt dan baring depan tv, remote tv ditangan, rokok- air dan ashtray disebelah.
Boleh?

Trauma mampu mendatangkan kemurungan dan memakan diri
10 hari cuti dari mengadap pejabat sewaktu raya harap2nya mampu mengurangkan rasa trauma dalam hati.

Journey ke Johor Bahru bermula malam ini. Siang- actually.
Bertemankan Norly dibawa si putih kesayangan.

Hati bercampur baur.
Moga selamat segalanya.
Moga didatangkanlah olehNya mood raya pada aku dalam hati, jiwa dan sanubari.


Wednesday, August 24, 2011

Manusia secoret sejarah

Semenjak dua ni, aku selalu terpandang- tertengok-ternampak manusia-manusia yang pernah ada sejarah dengan aku dulu-dulu.

Tak kiralah perempuan atau lelaki.
Terbit mereka di mata hati secara tiba-tiba mampu nak membuatkan jiwa terasa dan hati berkata-kata

Terus minda menyingkap sejarah hidup dan buku-buku lama dulu2.
Pernah ketawa bersama
Pernah marah dan merajuk-rajuk macam budak tak cukup umur..
Pernah makan minum bersama..
Pernah tidur sebantal pun ada juga..
Malah pernah berkongsi perasaan dan cita-cita yang sebenarnya hanya angan-angan semata.

I always living in memory.
Tatkala bawak kereta...Tatkala nak amik mood nak tidur dan membaca..
Dikala itu seorang demi seorang manusia yang pernah memberi detik2 sejarah dalam hidup datang menjelma di bayangan mata.

Melihatkan mereka bahagia
Suka!
Melihatkan mereka gembira..
Aku tertawa bahagia.

Impian memang selalu tak kesampaian
Sebab matlamat tak sama dan bahasa yang digunakan tak serupa.
Ada kalanya, bayangan mereka mahu saja aku delete terus dari dalam ingatan.
Kerana sakit dan memori yang tak dapat dimanfaatkan sampai hari ini.

Duduk-duduk berseorangan mampu membuatkan aku teringat akan kekhilafan dan kesilapan diri.
Namun ..tatkala bersama mereka- pengalaman itu mengajar diri.
Kalau tak jumpa mereka-mereka itu..takla aku jadi pandai macam ni.

Pengalaman tak dapat dibeli.
Walaupun kau kaya tapi kalau miskin jiwa- tak guna jugak!

Terima kasih pada manusia-manusia yang memberi coretan sejarah dalam hidup aku.
Bahagia kita walau tak berkekal lama..saat-saat bersama pasti mengingatkan kalian pada aku yang ntah apa-apa ni. =)

Jiwa-jiwa di ofis, emosi memakan diri.
Aku berdoa agar mereka bahagia seadanya
Kerana...resmi aku...
yang dah PERGI takkan mungkin KEMBALI lagi.


Sunday, August 21, 2011

1st attempt

Cooking Nasi Beriyani is not that hard and not that easy.

Yet, I've made it with the help of advice from Mummy via phone.

Happy to see Esah, Mini and Coco at my place for Iftar just now although some of other invitees can't make it.

Received good comments for ayam masak merah from the guests- makes my tiredness blew away.

I miss these people. It reminds me of the good times together back in SAA.
Hope we still talking the same language and share the same laughs for a long time.

Thanks for coming to my small hut.
Love you guys..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 18, 2011

Dalam kita bersuka-suka....

Cuba kita ingat orang yang sedang berduka lara...

Jangan rasa hidup kita perfect sentiasa
Kerana dugaan mampu datang bila-bila masa...

Masa itu apa pun dah tak guna...
Subhanallah..Terus naik bulu roma!

Mari muhasabah diri seketika...
Bungkam hati terusik rasa bila lihat si cantik jelita ini langsung tak bermaya

Contribute la apa-apa pun yang terdaya.
Ingat pada yang derita sebab mungkin juga kita mampu jadi yang akan diduganya.

Klik sini kalau nak tau apa cerita

Walaupun tak kenal dan tak pernah bertegur sapa..
Moga Allah sehatkan dia dan kembali seperti sediakala..

Insyallah...

*Bulan puasa ni jangan nak bersukaria sangat ye, Lea.

Wednesday, August 17, 2011

Passport size photo

I always have some issue when comes to taking passport sized photo.
Just because I will look so ugly once it has been printed.
So euwww.
I was at the Immigration office on the afternoon to renew my passport since it will be expired next month.
Mummy bugged me almost everyday on the phone to ask me to renew it so I wouldn't have to stay at home during Eid.
This is the difficult part where you need to deal with when you have another country as your hometown. Singapore is not that far away from JB and I always wish that we do not have to use passport to enter that republic. Why it has to be separated from Tanah Melayu? Even it is only less than 50km?
Wishing that we, Johorian- do not need that red book to enter that island.
Sighhh.
I forgot to prepare passport photo when I entered the immigration office in Wangsa Maju..and it leads me to one of the photo shop and forcing myself to take 4 pieces of passport photo since they don't have a service where you can purchase only 1-just for the renewal.

I was in a mess. I didn't wash my hair the nite before and obviously I don't use make up.
How could I forgot to prepare the passport photo? Stupid me.
I shivered when the kakak who took my photo started to focus her lense directly to my face.
Being a camwhore- doesn't mean that you like taking all sorts of photo ya..

I tried to look the best since I have to live with the photo in my red book for the next two years of my life.
And yet..I still look plump..my face still look so big..my messy hair can't hide the round face that God created for me.. and my eyes looks sepet.
Sigh..Alhamdulillah..it wasn't that bad. I think I look pretty good compared to the previous passport image of mine.

Well..can't wait to see the photo in my passport tomorrow.
How was your passport face looks like? Heheheheh... ;) does it look like you now?
I bet- most of you hate your passport photo kan?

Have a good mid week everyone!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 15, 2011

Juadah sahur untuk puasa yang ke 15

Masa: 12am
Tarikh: 15 Ogos 2011
Lokasi: Jalan ***** Kota Berlumpur

Minyak-nasi-telur-garam. Itu saja!
Campur dengan kicap! Awsome!!
Burp! Dah lama tak makan sampai habis- licin lecat macam ni.

Goreng nasi dengan telur tambah garam sebagai perasa.. di tengah-tengah malam adalah disebabkan kepingin nak makan nasi telo yang mak goreng masa kecik2.
Ok rindu.
Nasi goreng nilah makanan ruji masa breakfast -before pergi sekolah. =(

Sekarang ni..kalau tengok nasi telo seperti gamba diatas- perut terus berbunyi!
LOL!
Selamat menjalani hari ke 15!

Friday, August 12, 2011

Lama

"Rindu pada cerita lama, orang lama, masa yang dah lama dan segala yang lama-lama tak mampu membuatkan yang baru kini sama macam yang lama"

Bila aku duduk berfikir..
Memang yang baru tak sama macam yang lama.
Manusia-manusia disekeliling hidup, tempat kerja, kawan-kawan, rumah, barang-barang, baju dan yang paling tak sama- situasi.

Yang lama sudah jadi memori..
Yang lama hanya boleh disimpan dalam kotak kenangan.
Walaupun cuba diulang semua secara telitinya...rasa itu tetap tidak sama kerana masa tidak dapat diulang walaupun sesaat.

Yang lama memang tak sama dengan yang baru..
Yang lama mungkin adalah titik tolak pengertian hidup..
Yang lama memberi pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana
Yang lama menjadi satu sumber kehebatan untuk menempuhi yang baru.

Memperkatakan tentang hidup...
Mesti ramai antara kita nak ulang yang lama kerana kesilapan yang dilakukan itu tidak mungkin akan dibuat jika yang lama dapat diperbetulkan.
:)

Jadi manusia..jangan hipokrit pada diri sendiri..
Semua orang mesti kadang-kadang rindu yang lama...
Tak kira lah dalam konteks apa pun..
Sebab perasaan tak boleh ditipu dengan akal.

Simpan yang lama elok-elok dalam hati..dalam diri dan dalam kenangan
Sebab yang lama tak dapat diulang kembali..
dan yang lama juga menjadi pemangkin kepada yang baru iaitu- yang lebih baik =D

*Tak semua yang lama itu tak baik..dan tak semua yang baru itu lebih baik dari yang lama =) Vice versa!

Selamat hari Jumaat dan selamat bertemu hujung minggu yang baru.

Nasi Daun Pisang

Juadah buka puasa 11 Ramadan.

Menu
Nasi putih
Kuah dal
Kuah kari ayam
Kuah kari ikan
3 jenis sayur
Papadom
Tenggiri goreng
Sotong goreng
Ayam goreng
Peria goreng garing
Dan
The o ais!

Fuhhhh!!
*senyum sampai ke telinga.
Alhamdulillah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Pembaziran, Membazir dan si Pembazir

Abah selalU marah bila membazir
Pembaziran katanya......
dan anak no 3 dia inilah yang sering dikaitankan dengan perkataan membazir dan juga digelar pembazir

Subhanallah..
Marah lah aku bila dikaitkan dengan pembaziran
Malah selalu menidakkan kata-kata abah dengan "Mana ada orang membazir?!"
Mak dan sekutu2 sekelian isi rumah juga selalu panggil aku pembazir!
Pembazir makanan!

Kalau mengidam nak makan sesuatu..macam nak gila dok ulang sebut 180 kali.
Tapi..bila da makan sesuap dua..terus aku tak lalu nak habiskan!
Itu bukankah pembaziran?
Dalam sesi deny-mendeny...selalunya aku kalah debat dengan mereka!
Memang sah-sah aku ni pembazir!
Tak ada point nak deny langsung! Heh!

Sepanjang masuk sebelas hari berpuasa..
Aku teringin sangat..mengidam sungguh (mengalahkan orang mengandung anak sulung) dengan beberapa jenis makanan seperti-
  • Lauk asam rebus ikan dengan nenas yang mak masak..
  • French toast makan dengan madu dan 2nd round makan dengan sos cili
  • Lamb kabsha (nasi beriyani kambing dekat Hadramauth)
  • Nasi Ambang -makanan tradisi org Jawa
  • Aiskrim
dan ada lagi yang belum menjengah ke otak...

Kebanyakkan makanan tersebut..Alhamdulillah..dengan kuasa Tuhan..dapatlah aku merasa.

Tapi..hakikatnya..memang "rasa" je pun
Sebab..
  • French Toast tu makan sekeping je..dah tolak tepi
  • Nasi ambang maksimum 5 suap ..dah taknak lagi..
  • Lamb kabsha- tak sempat sejuk pun aku da tutup tupperware
  • Asam Rebus Mak yang diimport dari JB , Jumaat malam lalu pun ikan nya aku tak usik. Hirup kuah tiga empat sudu dan ratah nenas sepotong dua aje!
  • Aiskrim? Hah..tak habis separuh pun! Buat buang duit minyak dan penat cari parking je nak pergi Swensen's!

Tak salahlah bila mereka panggil aku - pembazir!
Sedih tengok makanan yang diidam-idamkan macam nak rak tu aku usik sikit je!
Perut say NO no..enough enough
Tekak kata - dah rasa dah..oklah..tak mau lagi!
Nafsu sahaja yang menggila membuatkan aku sanggup nak mencari makanan-makanan idaman sampai 20 km jauhnya dari tempat tinggal.

Haihh...
Dalam bulan puasa ni..sedaya upaya untuk tidak jadi pembazir terhebat.
Membazirkan perangai syaitan!

Jadi, kalau pergi berbuka puasa..semena2 aku akan mengelak dari menjerumuskan diri kepada hidangan buffet.
Mahal tak berbaloi untuk manusia macam aku yang makan seciput ini.
Amatlah rugi barang siapa yang membawa aku ke restoran yang menyajikankan hidangan buffet! Serious.
Antara manusia yang telah rugi- adalah bos aku.
Buka puasa di Shangri La KL minggu lalu tidaklah sehebat mana.
Nafsu mata yang lebih menjamahi makanan2 tersebut.
Apa yg aku makan?
Buah..nasi ..kuah kari..kambing bakar dua potong..kek kecik2 dua tiga biji...tiram tiga ketul..dessert dan seingat aku..air yang aku minum bergelen2 diselangi dengan hembusan asap dari Marlboro Light melalui mulut :P

Bukankah itu namanya pembaziran?
Membayar RM 143++ untuk sekadar makanan yang sedikit macam tu?

Say NO to Ramadan Buffet.
Secara jujurnya..aku takut nak membazir sangat-sangat sebab kita tak tau esok lusa apa akan jadi..
Manalah tau..tiba2 langsung tak diberi rezeki untuk makan sebutir nasi pun?
Perang ..bencana alam ke?
Mintak dijauhkan...
Tapi...korang pernah terfikir tak kalau2 terjadi macam tu?

Aku yang pembazir ni pun jadi takut.

Bila da duduk jauh dengan famili..baru nak faham erti berjimat cermat (walaupun masih lagi membazir secara tak sengaja)...
Teringat abah yang pantang bila orang membazir makanan ..terutamanya bila masak nasi-lepas tu-tak habis makan-basi-bila nak buang ke tong sampah-kantoi-pastu diharuknya Abah sepanjang hari...Hanya pasal membazir masak nasi banyak2 lepas tu tak makan!

Abah selalu cakap..
"Kau tau tak, menangis nasi tu dekat kau bila sampai masanya nanti"
Takut tak?
Seriau bila teringat ayat Abah...
Terus teringat butir2 nasi beratur dan pakat nangis ramai2 depan aku...camne? Serious takut!

Tapi sekarang..seriau jugak bila teringatkan nasi daun pisang dekat Raju Bukit Gasing.. perghh!!!
:(
Menyesal bila ingatkan selalu makan nasi tak habis..=((

Moral of the story- Jangan jadi pembazir..jangan suka membazir makanan bila ada kesempatan kerana Pembaziran itu menyebabkan tekak kita seriau dan dok telan air liur je teringat makanan2 tersebut sewaktu time2 tengah hari dibulan puasa ni.. =(

Selamat berpuasa untuk hari ke 11 dan cubalah jangan copy perangai syaitan dengan menggalakkan Pembaziran!

Monday, August 8, 2011

Love fades?

We always heard this phrase - Love hurts
But seldom we heard this-

Love fades

Do you ever feel that your love towards someone is fading away?
Whatever he/she do is no longer an eye candy for you?
Feel annoyed.
Feel uneasy.
Bored and other negative emotions appeared in your heard when you are with them?

My prediction, it means that- your love towards that person is fading away or you no longer LOVE that person like you used to

I always think- how our parents can sustained their marriage for a long time.
How can they live under the same roof for years and years?
Do they love each other so very much everyday? (as if they just met each other 2 weeks ago?)
Its unbelievable!
I think - its a magical and magnificent achievement in each person's life if they could be a LOVEBIRDS all the time.

As a selfish person, I always wanted to know how our parents did that.
Went trough the hardship and the fun time as a couple..be with each other every single day..doing the same routine without feeling bored...?

Do they still love each other like they just said "I do" last night?
Do they still adore their partner's beauty even he/she looks like an ogre now?
Do they still appreciate each other and care for each other fully hearted ("NOT because of - "I'm married, she is my wife/ he is my husband/ or we have kids to take care of" excuses??)
Does the love still exist even he snores like a dinosaur and she always wear baju kelawar every night on bed while sleeping?

and

The love didn't fade even an inch?
or the amount of love is still the same like when they were dating??

So...what about the affairs/scandals happened outside the marriage?
Is that how to show people indirectly that "my love towards my partner is fading away..and we cant get divorce because of the kids also we are so used to each other since we've been married for more than 10 years?"

Salute to those couples...(who is living together for quite sometimes, been doing the same routine everyday, look at the same face before sleep and while waking up... and do the normal stuff as a couple..)I did that once. Even not legally bounded and I wonder whether I could do it again next time..

Its just a rambling... nonsense-ly rambled at 1.56 am, Monday morning.
*Yawn*

Thursday, August 4, 2011

Annoying but Lovely

Time flies so fast.
Like seriously..

I never realized that Todt is 3 and a half years old now.
From baby..to infant..to toddler and now he's a boy.

Annoying- that's how I felt when I met him last weekend
But I do miss him a lot and yet he is my love.

He's not as cute as before since he can't stop talking and asking about everything and anything that he sees.
Its pretty normal for kid at his age.
Its just me who can't stand be with kids for a long period of time .LOL

I still love him so much even when he refused to listen to what I said and when he was making fun of me.

Yet- it still melt my heart when I heard he called me -'Yaya!Yaya'- and when he said 'I love you yaya toooo!' before we ended our teleconversation..

Yaya loves you too Todt ..
And Yaya miss you everyday..
Tak tipuuuu!!

I love you Mohd Fardan Idani =)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 3, 2011

Yang Putus dan Yang tak Putus-Putus

Yang dah putus tu putus lah.
Tak perlulah public nak mempertikaikan
Kenapa? Mengapa?Bagaimana?

Nak hidup bersama kena ada dua2 belah..
Cuba pakai selipar sebelah kanan je..sebelah kiri berkaki ayam..kan dah tak kena gayanya.
Setiap keputusan adalah sebab musabab yang tersendiri.
Buruk baik manusia itu bukan kita yang tentukan.

Hidup dia..dia punya sukalah nak putus ke nak sambung!
LOL- Just my 69 cents =)

Aku sangat sibuk minggu kebelakangan ini.
Sibuk dalam erti kata sebenar
Ditambah pula keberangkatan senior kuliketif yang meninggalkan aku dengan segala burukbaik kerja yang menjadi hak milik hakiki aku sendiri
Reshuffling in management.
Department bertukar nama
Dari Komunikasi Keparat ke Komunikasi Pemasaran.. No more Keparat yawww!
Justeru itu- tanggungjawab menjadi lebih berat dan kepuasan berinternet tidak mampu lagi dimiliki seperti dulu kala.
Laptop Screen Monitoring by the management.
Boss sayang sangat. Heh!
Gtalk lama tak on!
Nak berbukumuka pun kena curik2..
Inikan lagi nak berblog bagai..
Memang dalam mimpi ye..:)

Line panasssss!

Aku rindu nak merepek2 sakan..
Cakap yang bukan2 dengan rakan2.. Namun..
Kerja yang datang tak putus2 bagaikan mencari nafas di dalam tanah berlumpur!

Moga diberkati segala usaha dan ibadat sebagai khalifah dibumi tuhan ..
Sempena Ramadan ini...
Mari berdoa agar pintu rezeki kita dibuka luas dan kesihatan terjaga serta seluruh kehidupan kita bahagia dan diberkatiNya.

Yang putus itu kita lihat sajalah hujungnya ke mana dan pangkalnya ke mana..
dan yang tak putus-putus ini kita layankan seberapa lama yang boleh dan kita lihat lah jugak dia sampai ke mana....

I miss my friends...really...
Time is PRICELESS, people!