"Rindu pada cerita lama, orang lama, masa yang dah lama dan segala yang lama-lama tak mampu membuatkan yang baru kini sama macam yang lama"
Bila aku duduk berfikir..
Memang yang baru tak sama macam yang lama.
Manusia-manusia disekeliling hidup, tempat kerja, kawan-kawan, rumah, barang-barang, baju dan yang paling tak sama- situasi.
Yang lama sudah jadi memori..
Yang lama hanya boleh disimpan dalam kotak kenangan.
Walaupun cuba diulang semua secara telitinya...rasa itu tetap tidak sama kerana masa tidak dapat diulang walaupun sesaat.
Yang lama memang tak sama dengan yang baru..
Yang lama mungkin adalah titik tolak pengertian hidup..
Yang lama memberi pengalaman yang tak dapat dibeli di mana-mana
Yang lama menjadi satu sumber kehebatan untuk menempuhi yang baru.
Memperkatakan tentang hidup...
Mesti ramai antara kita nak ulang yang lama kerana kesilapan yang dilakukan itu tidak mungkin akan dibuat jika yang lama dapat diperbetulkan.
:)
Jadi manusia..jangan hipokrit pada diri sendiri..
Semua orang mesti kadang-kadang rindu yang lama...
Tak kira lah dalam konteks apa pun..
Sebab perasaan tak boleh ditipu dengan akal.
Simpan yang lama elok-elok dalam hati..dalam diri dan dalam kenangan
Sebab yang lama tak dapat diulang kembali..
dan yang lama juga menjadi pemangkin kepada yang baru iaitu- yang lebih baik =D
*Tak semua yang lama itu tak baik..dan tak semua yang baru itu lebih baik dari yang lama =) Vice versa!
Selamat hari Jumaat dan selamat bertemu hujung minggu yang baru.