Semenjak dua ni, aku selalu terpandang- tertengok-ternampak manusia-manusia yang pernah ada sejarah dengan aku dulu-dulu.
Tak kiralah perempuan atau lelaki.
Terbit mereka di mata hati secara tiba-tiba mampu nak membuatkan jiwa terasa dan hati berkata-kata
Terus minda menyingkap sejarah hidup dan buku-buku lama dulu2.
Pernah ketawa bersama
Pernah marah dan merajuk-rajuk macam budak tak cukup umur..
Pernah makan minum bersama..
Pernah tidur sebantal pun ada juga..
Malah pernah berkongsi perasaan dan cita-cita yang sebenarnya hanya angan-angan semata.
I always living in memory.
Tatkala bawak kereta...Tatkala nak amik mood nak tidur dan membaca..
Dikala itu seorang demi seorang manusia yang pernah memberi detik2 sejarah dalam hidup datang menjelma di bayangan mata.
Melihatkan mereka bahagia
Suka!
Melihatkan mereka gembira..
Aku tertawa bahagia.
Impian memang selalu tak kesampaian
Sebab matlamat tak sama dan bahasa yang digunakan tak serupa.
Ada kalanya, bayangan mereka mahu saja aku delete terus dari dalam ingatan.
Kerana sakit dan memori yang tak dapat dimanfaatkan sampai hari ini.
Duduk-duduk berseorangan mampu membuatkan aku teringat akan kekhilafan dan kesilapan diri.
Namun ..tatkala bersama mereka- pengalaman itu mengajar diri.
Kalau tak jumpa mereka-mereka itu..takla aku jadi pandai macam ni.
Pengalaman tak dapat dibeli.
Walaupun kau kaya tapi kalau miskin jiwa- tak guna jugak!
Terima kasih pada manusia-manusia yang memberi coretan sejarah dalam hidup aku.
Bahagia kita walau tak berkekal lama..saat-saat bersama pasti mengingatkan kalian pada aku yang ntah apa-apa ni. =)
Jiwa-jiwa di ofis, emosi memakan diri.
Aku berdoa agar mereka bahagia seadanya
Kerana...resmi aku...
yang dah PERGI takkan mungkin KEMBALI lagi.