Thursday, August 11, 2011

Pembaziran, Membazir dan si Pembazir

Abah selalU marah bila membazir
Pembaziran katanya......
dan anak no 3 dia inilah yang sering dikaitankan dengan perkataan membazir dan juga digelar pembazir

Subhanallah..
Marah lah aku bila dikaitkan dengan pembaziran
Malah selalu menidakkan kata-kata abah dengan "Mana ada orang membazir?!"
Mak dan sekutu2 sekelian isi rumah juga selalu panggil aku pembazir!
Pembazir makanan!

Kalau mengidam nak makan sesuatu..macam nak gila dok ulang sebut 180 kali.
Tapi..bila da makan sesuap dua..terus aku tak lalu nak habiskan!
Itu bukankah pembaziran?
Dalam sesi deny-mendeny...selalunya aku kalah debat dengan mereka!
Memang sah-sah aku ni pembazir!
Tak ada point nak deny langsung! Heh!

Sepanjang masuk sebelas hari berpuasa..
Aku teringin sangat..mengidam sungguh (mengalahkan orang mengandung anak sulung) dengan beberapa jenis makanan seperti-
  • Lauk asam rebus ikan dengan nenas yang mak masak..
  • French toast makan dengan madu dan 2nd round makan dengan sos cili
  • Lamb kabsha (nasi beriyani kambing dekat Hadramauth)
  • Nasi Ambang -makanan tradisi org Jawa
  • Aiskrim
dan ada lagi yang belum menjengah ke otak...

Kebanyakkan makanan tersebut..Alhamdulillah..dengan kuasa Tuhan..dapatlah aku merasa.

Tapi..hakikatnya..memang "rasa" je pun
Sebab..
  • French Toast tu makan sekeping je..dah tolak tepi
  • Nasi ambang maksimum 5 suap ..dah taknak lagi..
  • Lamb kabsha- tak sempat sejuk pun aku da tutup tupperware
  • Asam Rebus Mak yang diimport dari JB , Jumaat malam lalu pun ikan nya aku tak usik. Hirup kuah tiga empat sudu dan ratah nenas sepotong dua aje!
  • Aiskrim? Hah..tak habis separuh pun! Buat buang duit minyak dan penat cari parking je nak pergi Swensen's!

Tak salahlah bila mereka panggil aku - pembazir!
Sedih tengok makanan yang diidam-idamkan macam nak rak tu aku usik sikit je!
Perut say NO no..enough enough
Tekak kata - dah rasa dah..oklah..tak mau lagi!
Nafsu sahaja yang menggila membuatkan aku sanggup nak mencari makanan-makanan idaman sampai 20 km jauhnya dari tempat tinggal.

Haihh...
Dalam bulan puasa ni..sedaya upaya untuk tidak jadi pembazir terhebat.
Membazirkan perangai syaitan!

Jadi, kalau pergi berbuka puasa..semena2 aku akan mengelak dari menjerumuskan diri kepada hidangan buffet.
Mahal tak berbaloi untuk manusia macam aku yang makan seciput ini.
Amatlah rugi barang siapa yang membawa aku ke restoran yang menyajikankan hidangan buffet! Serious.
Antara manusia yang telah rugi- adalah bos aku.
Buka puasa di Shangri La KL minggu lalu tidaklah sehebat mana.
Nafsu mata yang lebih menjamahi makanan2 tersebut.
Apa yg aku makan?
Buah..nasi ..kuah kari..kambing bakar dua potong..kek kecik2 dua tiga biji...tiram tiga ketul..dessert dan seingat aku..air yang aku minum bergelen2 diselangi dengan hembusan asap dari Marlboro Light melalui mulut :P

Bukankah itu namanya pembaziran?
Membayar RM 143++ untuk sekadar makanan yang sedikit macam tu?

Say NO to Ramadan Buffet.
Secara jujurnya..aku takut nak membazir sangat-sangat sebab kita tak tau esok lusa apa akan jadi..
Manalah tau..tiba2 langsung tak diberi rezeki untuk makan sebutir nasi pun?
Perang ..bencana alam ke?
Mintak dijauhkan...
Tapi...korang pernah terfikir tak kalau2 terjadi macam tu?

Aku yang pembazir ni pun jadi takut.

Bila da duduk jauh dengan famili..baru nak faham erti berjimat cermat (walaupun masih lagi membazir secara tak sengaja)...
Teringat abah yang pantang bila orang membazir makanan ..terutamanya bila masak nasi-lepas tu-tak habis makan-basi-bila nak buang ke tong sampah-kantoi-pastu diharuknya Abah sepanjang hari...Hanya pasal membazir masak nasi banyak2 lepas tu tak makan!

Abah selalu cakap..
"Kau tau tak, menangis nasi tu dekat kau bila sampai masanya nanti"
Takut tak?
Seriau bila teringat ayat Abah...
Terus teringat butir2 nasi beratur dan pakat nangis ramai2 depan aku...camne? Serious takut!

Tapi sekarang..seriau jugak bila teringatkan nasi daun pisang dekat Raju Bukit Gasing.. perghh!!!
:(
Menyesal bila ingatkan selalu makan nasi tak habis..=((

Moral of the story- Jangan jadi pembazir..jangan suka membazir makanan bila ada kesempatan kerana Pembaziran itu menyebabkan tekak kita seriau dan dok telan air liur je teringat makanan2 tersebut sewaktu time2 tengah hari dibulan puasa ni.. =(

Selamat berpuasa untuk hari ke 11 dan cubalah jangan copy perangai syaitan dengan menggalakkan Pembaziran!