Friday, August 26, 2011

Trauma dan kisah 10 hari cuti.

Bila bulan puasa datang menjelma- aku jadi seriau
Bila raya dah nak kunjung tiba- aku rasa tak sedap

Ada dua peristiwa berlaku dalam jangka masa diatas- tahun lalu.
Keriangan berpuasa dan keseronokkan nak menyambut Syawal dirosakkan dengan kejadian rumah dirompak dan kes samun bersenjata yang mencelakakan diri tahun lalu .

Hati bengkak.
Minda terganggu
Emosi bercelaru
Jari kelingking kanan masih lagi tak seperti dulu.
Seriau dan rasa meremang bulu roma mengingatkan saat-saat pahit itu.

Rasanya- sebab itulah puasa dan Eid kali ni tidak langsung terasa bahang kemeriahannya.
Puas aku pujuk hati nak datangkan mood utk berseronok time beraya.
Puas aku mainkan lagu raya 185 kali di laptop sewaktu bekerja..
Puas sudah aku nak datangkan eksaited beraya dengan mengingatkan bestnya rasa masa kecik2
Tapi hati tetap tak mau nak happy dan eksaited dengan raya yang kurang dari seminggu nak menjelma.

Emosi meliputi diri
Jiwa terusik bagaikan trauma yang aku takut nak menghadapinya setiap ketika.
Betul-betul takut.
Airmata juga begitu murah semenjak dua ni.
Terutamanya apabila memuhasabahkan diri dengan kekhilafan yang lalu
Silap yang sengaja dan tidak disengajakan..membuatkan hati sayu dan layu

Sampaikan rasa tak mahu sambut raya tahun ni.
Tak mahu pergi mana-mana
Tak nak pakai baju cantek-cantek
Tak nak mengadap sedara mara yang suka bertanyakan khabar dan soalan-soalan sensasi
Tak mahu disuruh emak kemas rumah, salin langsir, vacuum segala
Tak ingin nak tolong keluarga buat open house di hari raya
Aku nak pakai seluar pendek- t shirt dan baring depan tv, remote tv ditangan, rokok- air dan ashtray disebelah.
Boleh?

Trauma mampu mendatangkan kemurungan dan memakan diri
10 hari cuti dari mengadap pejabat sewaktu raya harap2nya mampu mengurangkan rasa trauma dalam hati.

Journey ke Johor Bahru bermula malam ini. Siang- actually.
Bertemankan Norly dibawa si putih kesayangan.

Hati bercampur baur.
Moga selamat segalanya.
Moga didatangkanlah olehNya mood raya pada aku dalam hati, jiwa dan sanubari.