Friday, March 30, 2012

Flip that hundred ringgit!

Kehendak:
Telefon bimbit baru

Harga:
RM100 sahaja. (Tak lebih..kurang takpe)

Spesifikasi:
Flip phone!
Basic application- boleh buat call, bole sms (tu je da cukup)
Tak nak brand cap ayam

Tadaaaaa.....




Apparently, the price of this device is RM 99 and it is Samsung!
Amazing Low Yat Plaza ..=D

Thank you Yui sebab teman pergi cari phone! ^_^

Happy berweekend, people!

Melaka on March


Semenjak ada geng kat Melaka ni.
Melaka-KL rasa sekejap sangat.
Alangkah baiknya kalau family duduk Melaka..
Maunya dua ari sekali aku balik kampung.

This is the 3rd time aku datang Melaka tahun ni..
Tapi kali ni lah baru Wee wee ada masa nak angkut aku jalan2.. ^_^

Asam pedas sedap (Tapi tak sesedap mak punya! LOL)
Menara Taming Sari (Belakang opis kau je kan, wee wee?)
Kapal ditengah bandar

Bandaraya Melaka

Selat Melaka

Sunset di Melaka

Tukang urut ni nama dia Azli, dia buta, Tapi layan borak dgn dia best! Dia urut pun best! =D

I always like Melaka.
Even before Wee wee kena posting sana.
Next visit to Melaka- April for work! T__T

Monday, March 26, 2012

Friday, March 23, 2012

Miri on March


KL-MIRI-KL in exactly 24 hours can be considered as a very very tiring journey.
However, being away from KL even for a while is like a gift to me.

Really.

What can we found in Miri?
For me...Nothing much!

Since I am no longer a drinker and nightlife scene no longer excites me..
I believed Miri is a small town filled with lots of rich people in oil and gas industry.

However, few things can make me smile during my stay in Miri....


The hotel and...

The sunset

Have a lovely weekend, people! :D

Monday, March 19, 2012

Biar putus cinta.....

.....Jangan putus rokok.

8.08 pagi.
Hari pertama.
Aku rasa sangat tak selesa.
Kesedihan bila tak dapat bertemu Marlboro Lights dihujung bibir membuatkan Nicolettes yang aku kunyah makin lagu.

Nafas turun naik.
Rasa rengsa sangat.
Tak tentu arah.
Inilah yang dikatakan "addicted to nicotine"

Malam tadi, setelah diserang migraine yang sangat teruk sejak seminggu lalu,
aku bercita-cita cuba untuk berhenti merokok.
Hari ni hari pertama.
Cravingnya..ya Allah..sangat kuat!

I've passed my morning ciggie.
Its a first achievement.
Tak tahulah mampu boleh bertahan sampai 24 jam ke tidak ni.
Aku kuatkan semangat.
Tetapkan hati..
Doakan diri untuk berjaya..

*Ini lagi teruk dari putus cinta ok! Biarlah hilang boyfriend...hilang partner..jangan hilang rokok!Huwaaa..Marl Lights, I miss you so very much!*

Friday, March 16, 2012

Mengidam

14 Mac 2012

Keluar office sepuluh minit awal,
Lima minit selepas itu dah sampai dekat parking KLCC

Aku tengok dia..
Dia tengok aku..
Sumpah tak tahan..

Kami berlari-lari sebab takut tak sempat.

Tercungap-cungaplah jugak nafas.
Dengan selipar tipis dan licin..aku gagahkan jugak nak berlari untuk sampai ke destinasi.

Ramainya umat...
Aku beratur, mata dia melilau cari tempat nak duduk.

Excitednya dalam hati macam nak dapat apa je..

Aku sengih
Dia ketawa.
Kawan aku Yui yang gila ni dah dapat tempat duduk terbaik yang aku rasakan dalam keadaan hingar-bingar di tingkat 4 itu.

Aku yang mengidam...
Sangat teringat-ingat.

Puasa dua hari membuatkan aku tak tahan nak menjamahnya.
Di tahan nafsu Isnin dan Selasa..
Datangnya Rabu, aku tak mampu.

Ini dia..
idaman kalbu...

Beriyani Daging dekat food court level 4, KLCC- Nasi Beriyani Johor.

Dan ini dia..
muka berminyak manusia selekeh yang puas sebab dapat makan beriyani.


Terima kasih banyak-banyak dekat Yui sebab sampaikan hajat aku yang mengidam kalahkan orang mengandung nak makan nasi beriyani kat sini. *_*

Lain kali kita amazing race lagi, okie?

Alhamdulillah... =D

Friday, March 9, 2012

Starstruck?


Bila bercakap pasal artis, aku selalu meluat.
Artis Malaysia? Itu puncanya.
Memang taklaaahhh nak jadi fan gila-gila. Especially artis-artis baru yang berlakon macam kayu dan menyanyi macam dekat karaoke.
Memang takk!!

Namun begitu, ada sesetengah artis ataupun selebriti yang mampu buat aku starstruck!
Percaya atau tidak...
Rata-rata selebriti yang buat aku starstruck adalah lelaki berumur.
LOL!

*No further comments needed,pleaseeeee ^-^

Starstruck moment aku pada 2012 ni terjadi hari Rabu lalu.
Seperti biasa, RC menjadi destinasi pilihan makan tgh hari..(dah muak sebenarnya -_-)
Sambil berborak dalam telefon dengan seorang rakan, tiba-tiba...
Mata terpaku pada seorang jejaka.
Aku tolak Yui di sebelah. Yui pandang aku dengan mata membulat.

OMGeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Its him!

Salah seorang penyanyi legend dalam arena seni suara.
Sumpah starstruck!
He doesn't look that old.
.....and he is still hot!
;-)

Beliau lepak makan tak jauh dari table kami.
Aku dan Sheemi membuat impersonation beliau sambil gelak bersungguh-sungguh.
Baru aku tau..macam ini lah bila starstruck moment datang.
Excited sungguh!
Kesian Yui kena paksa jadi photographer free of charge...

OMGeeeeeee...It is Jamal Abdillah! =D
Sumpah ..... aku Starstruck! LOL!

Thursday, March 8, 2012

Yang tertulis dan yang ditulis.

Berserah atas kecelakaan yang berlaku adalah sesuatu perkara yang sering terjadi dalam kehidupan.
Redha namanya.
Namun, Tuhan tak akan mengubah nasib hidup kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk mengubahnya.
Setuju?

Belum sampai hujung, dah surrender kata "dah kalah"?
Oh..come on..

Manusia selalu menyalahkan "nasib" dan"takdir" kalau ada sesuatu musibah menimpa.
Memang, percaya kepada qada' dan qadar adalah salah satu dari rukun Iman.
Tetapi..kenapa tiada usaha yang dibangkitkan langsung kalau dah tahu consequences untuk masa akan datang?
Membiarkan sesuatu perkara buruk terjadi adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.

Aku belajar dari pengalaman.
Prevention is better than treatment.

Melewe pada hari Khamis disebalik kesunyian dipejabat membuatkan kepala otak yang sedang mingraine menerawang jauh memikirkan yang ya dan yang tidak.
Menaip ayat-ayat disini adalah sebagai terapi dalam kehidupan seharian.

Kadang-kala tak perlu cerita secara details, hanya aku yang faham.
Yang lawaknya bila diselak-selak tulisan-tulisan lama..aku pun seakan lupa akan perkara buruk yang terjadi lantas tidak mampu me'relate"kan tulisan disini dengan tragedi yang mana.

Mengeluh bukan jalan penyelesaian terbaik.
Terutamanya bila kiat stuck dalam sesuatu keadaan yang kita tak boleh fikir apa option yang kita ada.

Hari ini, aku menulis secara suka-suka.
Subjek diatas tidak ada kena mengena dengan apa-apa tragedi dalam kehidupan aku masa kini.
Sekadar memuhasabah diri membayangkan apa yang telah terjadi dan betapa clumsynya aku pada masa yang lampau.

Tergelak sendiri.
Umur makin meningkat..hati bagai anak-anak kecil yang sering berbicara sendiri tanpa had.

Malam ini, terapi jiwa bersambung lagi..
Cuma bukan dengan menulis disini, tapi berperang dengan perkakas di dapur nanti.
Sambal tumis ikan bilis dan petai akan berganding dengan lempeng kosong yang mampu memukau tekak sendiri.

Migraine- sila pergi..
Ngantuk- jgn kau hadirkan diri sehingga selesai peperangan di dapur nanti.
Malas- aku tak mahu dikau disini.

Esok hari Jumaat, lepas tu Sabtu..hujung minggu yang sudah diplan untuk rehat sepuasnya akan menanti! weeehoooo!

Wednesday, March 7, 2012

Us - 2010 to 2012

2010

2011

Dec 2011

March 2012

I am glad that we have reached to this stage.
I am happy to see us for more than 15 years together.
I am thankful for the great friendship.
I am wishing you guys all the best.
Please hold "us" as long as all of us can- since our friendship is one of the greatest gift by God.

I love you both, Norliyana Haslin Alias & Noor Ashikin Kaliman
Good luck! =)

Friday, March 2, 2012

3.03 pm

Perkataan pertama ditaip pada 3.03 petang.
Jumaat.
Hari yang penuh excitement untuk pekerja-pekerja makan gaji yang bekerja 5 hari seminggu macam aku.
Sumpah rasa tak sabar nak melangkah keluar dari pejabat pada petang Jumaat.
Klimaksnya rasa bagai tak tertahan-tahan walaupun tiada apa perancangan sebelah malamnya.

Pagi-pagi email "Out of Office" sudah aku layangkan pada seluruh umat pejabat.
Isnin -replacement leave. Cuti untuk bersenggang lenggang di Johor Bahru bagai tak sabar nak dihadap.

KL>>Melaka>> JB>>KL

Destinasi selama 4 hari 3 malam yang mampu membuahkan pelbagai pengalaman dimana aku pasti keindahannya akan terpalit dalam hati.
Bertemu Wee wee malam nanti di Melaka sebagai tanda lama tak jumpa.
Perjalanan akan bersambung ke hometown yang sudah hampir dua bulan tak disinggahi.

Leganya pada hari Jumaat bertambah bila segala tugasan di pejabat telah dilangsaikan.
Menanti saat Shiekin diijabkabulkan Ahad nanti bersama pujaan hatinya.
Aku dan Norly pasti jadi manusia yang sangat berbesar hati apabila menjadi bridesmaid nanti.
Moga segalanya teratur dan sempurna hendaknya..

Johor Bahru- bertemu kita sekejapan nanti..
Melaka- singgah dulu kena Tutty Fruity ;-)

Selamat berhujung minggu semua.
Moga apa yang kita hajati menjadi realiti.

Thursday, March 1, 2012

Terapi Jiwa

Setelah bergembira dan bergambar sakan..
Semestinya duka akan menjelma.
Itulah balancing factor dalam kehidupan.

Aku adalah manusia yang sangat takut nak berhadapan dengan keduakaan dan kesengsaraan setelah kegembiraan datang menjelma.
Itu sebabnya bila aku terlalu gembira, aku akan cuba mengambil momen senyap seketika sebab terlalu takut dengan kesedihan yang akan tiba.
Sumpah takut!

Hidup perlukan "balance"
Sebenarnya, bila kita berdiri diatas tanah sekalipun..badan kita tak pernah balance.
Tak percaya?
Sila pergi klinik dan ukur sendiri tahap pertimbangan badan kau.

Manusia tiada yang perfect.
Hidup juga bukan sesempurna seperti yang digambarkan dalam filem dan buku cerita fiksyen!

Kenapa aku selalu sarkastik dalam kehidupan?
Tetutamanya dalam soal perhubungan?

Kadang-kadang kalian tak mengerti yang cerita kehidupan aku telah membuatkan otak berfikir lebih dan langsunglah datang konklusi yang bukan-bukan.

Al-kisahnya...
Masih ada lagi manusia yang mengharapkan
"Happiliy ever after" dalam kehidupan seharian mereka.
Hey..kau ingat ini cerita Snow White and 7 drawfs ke?
Tak pun..kau rasa hidup kau macam kisah donggeng Cinderella?
Kasihan..
ramai manusia yang tak tahu yang hidup kita sebenarnya banyak ke arah cerita Shrek!
LOL!

Wanita memang suka hidup dalam angan-angan.
Aku tidak terkecuali!
Bila angan-angan atau impian HAMPIR jadi kenyataan..
Habis satu dunia nak di ceritakan!
Kasihan....
Berkongsi cerita kadang-kadang mampu membawa bahagia tetapi selalunya menjadi duka pada penghujung cerita!

Semalam, aku cantas cerita dari Bonda.
Susah nak explain dan nak cari solusinya.
Sebab consequences dari isu itu sudah pun aku nampak dari awal perkembangan plot cerita.
Cuma...ramai antara kita yang tak mahu mengakuinya.

Aku memang skeptikal.
Kata lah aku hilang "faith" pada sesuatu perkara.
Tapi, life is about making choice kan?
Tiada siapa paksa dan siapa suruh kau corakkan hidup dengan cara orang lain.
Kita yang memilih..
Lalu, mengapa komplen pada serata dunia?

Diskusi mampu menyemarakkan perbalahan kalau tak kena pada masa dan ketikanya.
Hidup perlu sesi meluah perasaan..
Tapi perlu kena pada tempatnya.

Aku urut dada..
Isu-isu yang boleh mendatangkan "unnecessary stress" tak mampu aku nak bawa sampai ke tempat tidur.
Biar mereka selesai kan..
Jangan sampai orang kiri kanan tepuk tangan!

Sebab manusia memang selalu tak pernah suka dengan ikhlasnya kalau manusia lain hidup bahagia.

Pandang dengan mata..
Baca dengan hati..
Ikut solusi dengan pelbagai gaya dan cara yang tersendiri..
Sekali lagi..
No one can dictate your life..other than you!
Umur dah meningkat.. fikir-fikirkanlah..

Lagi satu..facebook bukan laman terapi jiwa yang mempu menjatuhkan maruah sesiapa dalam dunia.

Ni aku cakap aje... Tak suka tak apa...tak suruh agree pun! ;-)

Cerita Februari

Masuk pejabat...capai kalendar...selak ke muka yang baru..
Ouh..sudah masuk Mac!
Rasanya macam baru semalam cuti panjang 1 Januari 2012.
Tup-tup da masuk bulan 3.
The 1st quarter of 2012 almost ended.. Yippie!

Januari- hectic.
Februari--- mungkin boleh dikatakan bulan tarik usung beg keluar dari rumah.
Kerja aku mungkin dikatakan "lame"
Tak mencabar dan kerja yang stagnant dengan pengkhususan yang tidaklah spesifik sangat.
Tapi, alhamdulillah....kerja yang "lame" ni la mampu membawa aku tarik-usung keluar beg, naik turun kapal terbang almost setiap bulan. :)
Bermula dari company trip di

Bali, Indonesia
Kemudian, roadshow di....

Penang!
Selepas itu pergi melawat Wee wee di...

Melaka!
dan bekerja di..

Kuching, Sarawak!

Alhamdulillah, event terakhir di bulan Februari 2012 menutup tirainya di

Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Alhamdulillah..
Tuhan kurniakan rezeki setiap manusia berbeza-beza.
Tak pernah sama.
Penat lelah hilang bila apa yang kita usahakan menjadi dan boss senang hati.
Fokus hidup aku memang hanya tertumpu pada kerja.
Kerana kerja itu adalah kehidupan.

Bulan depan, ke Miri pula.
Jangan nampak untung yang aku dapat..
sebab untung dalam hidup masing-masing datang dalam format yang berbeza.
Selamat menjalani kehidupan!