Friday, March 16, 2012

Mengidam

14 Mac 2012

Keluar office sepuluh minit awal,
Lima minit selepas itu dah sampai dekat parking KLCC

Aku tengok dia..
Dia tengok aku..
Sumpah tak tahan..

Kami berlari-lari sebab takut tak sempat.

Tercungap-cungaplah jugak nafas.
Dengan selipar tipis dan licin..aku gagahkan jugak nak berlari untuk sampai ke destinasi.

Ramainya umat...
Aku beratur, mata dia melilau cari tempat nak duduk.

Excitednya dalam hati macam nak dapat apa je..

Aku sengih
Dia ketawa.
Kawan aku Yui yang gila ni dah dapat tempat duduk terbaik yang aku rasakan dalam keadaan hingar-bingar di tingkat 4 itu.

Aku yang mengidam...
Sangat teringat-ingat.

Puasa dua hari membuatkan aku tak tahan nak menjamahnya.
Di tahan nafsu Isnin dan Selasa..
Datangnya Rabu, aku tak mampu.

Ini dia..
idaman kalbu...

Beriyani Daging dekat food court level 4, KLCC- Nasi Beriyani Johor.

Dan ini dia..
muka berminyak manusia selekeh yang puas sebab dapat makan beriyani.


Terima kasih banyak-banyak dekat Yui sebab sampaikan hajat aku yang mengidam kalahkan orang mengandung nak makan nasi beriyani kat sini. *_*

Lain kali kita amazing race lagi, okie?

Alhamdulillah... =D