Thursday, March 1, 2012

Cerita Februari

Masuk pejabat...capai kalendar...selak ke muka yang baru..
Ouh..sudah masuk Mac!
Rasanya macam baru semalam cuti panjang 1 Januari 2012.
Tup-tup da masuk bulan 3.
The 1st quarter of 2012 almost ended.. Yippie!

Januari- hectic.
Februari--- mungkin boleh dikatakan bulan tarik usung beg keluar dari rumah.
Kerja aku mungkin dikatakan "lame"
Tak mencabar dan kerja yang stagnant dengan pengkhususan yang tidaklah spesifik sangat.
Tapi, alhamdulillah....kerja yang "lame" ni la mampu membawa aku tarik-usung keluar beg, naik turun kapal terbang almost setiap bulan. :)
Bermula dari company trip di

Bali, Indonesia
Kemudian, roadshow di....

Penang!
Selepas itu pergi melawat Wee wee di...

Melaka!
dan bekerja di..

Kuching, Sarawak!

Alhamdulillah, event terakhir di bulan Februari 2012 menutup tirainya di

Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

Alhamdulillah..
Tuhan kurniakan rezeki setiap manusia berbeza-beza.
Tak pernah sama.
Penat lelah hilang bila apa yang kita usahakan menjadi dan boss senang hati.
Fokus hidup aku memang hanya tertumpu pada kerja.
Kerana kerja itu adalah kehidupan.

Bulan depan, ke Miri pula.
Jangan nampak untung yang aku dapat..
sebab untung dalam hidup masing-masing datang dalam format yang berbeza.
Selamat menjalani kehidupan!