Friday, March 2, 2012

3.03 pm

Perkataan pertama ditaip pada 3.03 petang.
Jumaat.
Hari yang penuh excitement untuk pekerja-pekerja makan gaji yang bekerja 5 hari seminggu macam aku.
Sumpah rasa tak sabar nak melangkah keluar dari pejabat pada petang Jumaat.
Klimaksnya rasa bagai tak tertahan-tahan walaupun tiada apa perancangan sebelah malamnya.

Pagi-pagi email "Out of Office" sudah aku layangkan pada seluruh umat pejabat.
Isnin -replacement leave. Cuti untuk bersenggang lenggang di Johor Bahru bagai tak sabar nak dihadap.

KL>>Melaka>> JB>>KL

Destinasi selama 4 hari 3 malam yang mampu membuahkan pelbagai pengalaman dimana aku pasti keindahannya akan terpalit dalam hati.
Bertemu Wee wee malam nanti di Melaka sebagai tanda lama tak jumpa.
Perjalanan akan bersambung ke hometown yang sudah hampir dua bulan tak disinggahi.

Leganya pada hari Jumaat bertambah bila segala tugasan di pejabat telah dilangsaikan.
Menanti saat Shiekin diijabkabulkan Ahad nanti bersama pujaan hatinya.
Aku dan Norly pasti jadi manusia yang sangat berbesar hati apabila menjadi bridesmaid nanti.
Moga segalanya teratur dan sempurna hendaknya..

Johor Bahru- bertemu kita sekejapan nanti..
Melaka- singgah dulu kena Tutty Fruity ;-)

Selamat berhujung minggu semua.
Moga apa yang kita hajati menjadi realiti.