Setelah bergembira dan bergambar sakan..
Semestinya duka akan menjelma.
Itulah balancing factor dalam kehidupan.
Aku adalah manusia yang sangat takut nak berhadapan dengan keduakaan dan kesengsaraan setelah kegembiraan datang menjelma.
Itu sebabnya bila aku terlalu gembira, aku akan cuba mengambil momen senyap seketika sebab terlalu takut dengan kesedihan yang akan tiba.
Sumpah takut!
Hidup perlukan "balance"
Sebenarnya, bila kita berdiri diatas tanah sekalipun..badan kita tak pernah balance.
Tak percaya?
Sila pergi klinik dan ukur sendiri tahap pertimbangan badan kau.
Manusia tiada yang perfect.
Hidup juga bukan sesempurna seperti yang digambarkan dalam filem dan buku cerita fiksyen!
Kenapa aku selalu sarkastik dalam kehidupan?
Tetutamanya dalam soal perhubungan?
Kadang-kadang kalian tak mengerti yang cerita kehidupan aku telah membuatkan otak berfikir lebih dan langsunglah datang konklusi yang bukan-bukan.
Al-kisahnya...
Masih ada lagi manusia yang mengharapkan
"Happiliy ever after" dalam kehidupan seharian mereka.
Hey..kau ingat ini cerita Snow White and 7 drawfs ke?
Tak pun..kau rasa hidup kau macam kisah donggeng Cinderella?
Kasihan..
ramai manusia yang tak tahu yang hidup kita sebenarnya banyak ke arah cerita Shrek!
LOL!
Wanita memang suka hidup dalam angan-angan.
Aku tidak terkecuali!
Bila angan-angan atau impian HAMPIR jadi kenyataan..
Habis satu dunia nak di ceritakan!
Kasihan....
Berkongsi cerita kadang-kadang mampu membawa bahagia tetapi selalunya menjadi duka pada penghujung cerita!
Semalam, aku cantas cerita dari Bonda.
Susah nak explain dan nak cari solusinya.
Sebab consequences dari isu itu sudah pun aku nampak dari awal perkembangan plot cerita.
Cuma...ramai antara kita yang tak mahu mengakuinya.
Aku memang skeptikal.
Kata lah aku hilang "faith" pada sesuatu perkara.
Tapi, life is about making choice kan?
Tiada siapa paksa dan siapa suruh kau corakkan hidup dengan cara orang lain.
Kita yang memilih..
Lalu, mengapa komplen pada serata dunia?
Diskusi mampu menyemarakkan perbalahan kalau tak kena pada masa dan ketikanya.
Hidup perlu sesi meluah perasaan..
Tapi perlu kena pada tempatnya.
Aku urut dada..
Isu-isu yang boleh mendatangkan "unnecessary stress" tak mampu aku nak bawa sampai ke tempat tidur.
Biar mereka selesai kan..
Jangan sampai orang kiri kanan tepuk tangan!
Sebab manusia memang selalu tak pernah suka dengan ikhlasnya kalau manusia lain hidup bahagia.
Pandang dengan mata..
Baca dengan hati..
Ikut solusi dengan pelbagai gaya dan cara yang tersendiri..
Sekali lagi..
No one can dictate your life..other than you!
Umur dah meningkat.. fikir-fikirkanlah..
Lagi satu..facebook bukan laman terapi jiwa yang mempu menjatuhkan maruah sesiapa dalam dunia.
Ni aku cakap aje... Tak suka tak apa...tak suruh agree pun! ;-)