Sunday, April 29, 2012

Tanggungjawab.

Tanggungjawab.
Perkataan itu awal-awal sudah terasa beratnya.
Teori aku...
Tanggung -- semua org mampu.
Nak jawab tu..boleh ke?

Melihat sekeliling secara realistik mampu membuat aku mengalami kehidupan yang sangat-sangat berpegang kepada logik akal fikiran.

Bila sebut pasal tanggungjawab..
Kita selalu ambil enteng.
Macam senang..semudah A B C

Hidup sendiri pun sudah dibebani tanggungjawab yang kadang-kadang aku sendiri rasa tak tertanggung beratnya.
Inikan lagi nak bertanggungjawab ke atas orang lain.

Berat kepala..berat hati..berat jiwa.
Katakanlah pada semua yang aku takutkan tanggungjawab.
Mungkin. Sebab aku akan rasa failed bila tanggungjawab yang tersandang pada bahu tak terangkut dan tak terlaksana oleh diri sebaik mungkin.

Skeptikal dengan manusia-manusia sekeliling, membuatkan aku tegar untuk berdiri atas kehendak dan kehidupan sendiri..

Kalian mungkin berani..
Aku tak mampu nak jadi seperti kalian..
Kalian hebat dan aku tak..
Jadi, tak perlu pandang rendah dan kecik-kecikkan aku bila tanggungjawab yang kalian ada tak sehebat aku..
Kerana..
Aku takut nak tanggung
Dan tak berani nak jawab.

Tanggungjawab besar hujung minggu ini..menggembirakan hati mak abah sekeluarga yang dtg menjengah memeriahkan kesunyian rumah.
Kalian ingat senangkah nak happykan hati mak bapak?
Lagi susah dari buat anak kecil ketawa gembira tau!

Semoga aku kuat memikul tanggungjawab besar ini.
LoL.

Selamat beristirehat.
Selamatlah kita hidup dengan tanggungjawab masing-masing.


•Lea@Alia•Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.