Thursday, May 31, 2012

Drama dalam hidup

Drama dalam hidup hari-hari memang tak sama.
Sebabnya? Hidup kan macam rollercoster.
Sekejap kat atas, sekejap kat bawah.
Tak selalu bahagia datang menjelma dan derita itu tak sentiasa bersama.

Sejak duduk sendiri ni, aku banyak bermonolog entah apa-apa.
Bukan jiwa kacau
Tapi muhasabah diri dengan pelbagai perkara yang lepas-lepas.

Pernah tak jadi dekat korang?
Otak menerawang ke suatu ketika yang kau rasa sangat berdosa?
Nak menyesal?
Tak ada gunanya.

Inilah akibat takde travel sepanjang dua bulan.
Terlampau banyak masa untuk bagi fikiran memikirkan yang bukan-bukan.
Kalau dilayan..boleh jadi meroyan.

Setiap cerita kehidupan ada dramanya.
Jangan salahkan sesiapa.
Percaya pada ketentuan dan hanya usaha, doa dan tawakal serta dengan izinNya sahajalah
Segala-galanya boleh berubah dengan sekelip mata.

Aku takut.

Tuesday, May 29, 2012

Hidup ini bukan macam dalam buku cerita....

Hidup memanglah bukan macam dalam buku cerita.
Hari-hari jumpa benda lain.
Jumap orang yang berbeza-beza.
Melalui jalan cerita yang tak tentu dan tak dapat nak dipastikan pada setiap ketika.
Itulah pengalaman yang tak dapat dibeli oleh duit berjuta ringgit.

Kalau dalam buku cerita, plot serta jalan cerita tersusun.
Lepas satu bab habis...sambung satu bab lagi..
Lepas tu perangai setiap karakter berlainan mengikut kata hari penulisnya.
Pendek kata..apa yang direka kan haruslah menepati cita rasa dan kegemaran sang penulis serta si pembaca.
Indah bukan kalah hidup kita macam dalam buku cerita?
Sebab kebanyakkan buku cerita yang kita baca..endingnya selalu membawa kepada kebahagiaan.

Tapi, sayang sekali..
Kita bukanlah karakter yang direka dan jalan kehidupan kita tak seindah dalam buku-buku cerita.
Nak jadi Snow White? Cinderella?
Sumpah aku rasa nak ketawa besar.

Impian memanglah bermula dari angan-angan.
Memasang impian dengan segala perancangan kukuh tidaklah semestinya menjadi kenyataan.
Aku bangga dengan manusia-manusia yang mempunyai 5-year plan untuk masa depan sendiri.
Kadang-kala nak jugak tergelak sebab nampak harapan setinggi KLCC.
Terlalu tinggi untuk digapai..
Tapi, kuasa tuhan manakan kita tahu hujung ceritanya.

Cerita dalam buku memang selalunya khayalan semata-mata.
Kadang-kadang macam terlalu sempurna dan tak masuk akal.
Aku sampai la tak ada plan untuk apa-apa.
Jalan terus dan terima apa adanya.

Ketawakan aku...aku tak kisah.
Sebab hidup kita, kita yang mencorak dan kita akan tahu apa akhirnya..

Yang pasti, tadah tangan dan bersyukur atas segala nikmatNya.
Tak payah banyak cerita.
Buat dulu...dah rasa, barulah tahu. :)

Selasa..esok baru Rabu? T___T

Monday, May 28, 2012

Yay or Nay?


I dont know about you guys..
But for me..I think this is one of the hilarious fact I ever read so far.

Apparently, some people might not happy with my statements and think that I make fun of married people.
Too bad. I am sorry.
I dont mean to say in that way.
It is also a bit scary...
I guess.

Monday sucks rite?
Tell me about it and I am leaving the office at 1.00pm sharp later.
I miss my beauty sleep.

Have a good Monday..Tuesday..Wednesday..Thursday..Friday..Ok?

Friday, May 25, 2012

Alive

"Wah..Alia...you look happy and alive eh?"

Maunya tak happy.
Hati berbunga-bunga bila nampak approved schedule untuk roadshow dan segala course nationwide starting next July.
Rasa kepam tahap maksimum bila dua bulan tak travel.
I am so not the desk bound type of employee.
Bosan dan rasa tak berguna..

Alive bila tengok schedule sampai January 2013 dah diluluskan.
Sengih macam dapat duit!
Oh. Additional 5% yang membuatkan aku rasa dihargai juga membuatkan aku tambah senyum sejak semalam.

Tak sabar rasa nak "alive" semula.
Sakit sudah punggung dilabuhkan dikerusi yang tak berapa empuk di pejabat 5 hari seminggu.
As if tak ada apa yang boleh dibanggakan sebagai seorang pekerja yang makan gaji bila tidak menyumbang apa-apa dalam imej organisasi.

Alhamdulillah..
lepas ni setiap pagi bangun dengan tidak ada rasa yang bosan lagi.
Sebab travel dates berderet menanti...
Wohoooooo! ^_^
:)

Wednesday, May 23, 2012

Our expression everyday.

Please don't deny this, people...
Adorably cute and this is the reality.

Monday, May 21, 2012

Rambut.

Aku bukan perempuan yang tepek bedak dekat muka setiap pagi, tonyoh lipstik setiap hari ataupun bermain dengan kaler warna-warni ke atas muka.
Bukan. Itu semestinya bukan aku sekarang ini.
Make-up bukan sebahagian daripada "makanan" hidup.
Setahun pun maksimum 3 atau 4 kali bermekap.
Bukan hipokrit dan tak nak cantik.. (siapa pun nak jadi buruk dlm dunia ni?)
Tapi, aku memang malas nak cuci make-up dan kulit yang tak berapa cantik ni takut dicambahi jerawat yang kadang-kadang rajin menyinggah.

Lantas, bila tak makeup-
Rambut dan kening adalah titik fokus dalam maintenance diri setiap bulan.
Sejak awal tahun, berambut tak berapa panjang..aku jadi rimas bila rambut da bole disiput macam mak nenek dan rambut depan meleleh-leleh ke muka.
Dua minggu sekali aku pergi threading.
Pantis kening dekat PJ supaya muka nampak macam "manusia" dan bukan macam monyet yang dipenuhi bulu-bulu.
Perempuan TAK BOLEH ada misai!
Tak paham aku dengan perempuan-perempuan yang bermisai ni.
Kalaupun kau keturunan kucing siam..dan sibuk dalam kehidupan...penampilan seorang perempuan bermisai ataupun berjanggut halus..memang sah tak boleh diterima dalam kehidupan kini.
Mungkin tahap hormon membuatkan misai-misai halus tumbuh..tapi itu bukan alasan dalam membelanya.
Itu sebablah dalam masa setiap dua minggu..aku gagahkan diri membuang segala bulu-bulan yang tak boleh disimpan dalam kehidupan..
Takut threading? LOL. Guna tweezer lah ataupun wax!
Tak kira apa method yang korang gunakan..nescaya bulu-buluan yang telah dibuang itu mampu menaikkan seri wajah seorang wanita.

Semalam, aku kuatkan hati untuk mengerat rambut.
Buat fringe /bangs sebab dah meluat dengan rambut yang dah 4 bulan tak di trim dan out of shape.
Jumpa hair dresser kesayangan, Jason dekat Tropicana City Mall ditemani kawan yang sentiasa menjadi pengkritik terbaik dalam soal penampilan aku sejak 7 tahun yang lalu..
Aku rasa "ringan".
Thank you Jason...you are the best!

Nampaknya dengan perangai yang macam ni..memang taklaaa aku akan simpan rambut sepanjang tahun 2012. Rimas!

*Taknak dipanggil "cougar" dan berusaha untuk nampak 5 tahun lagi muda. Nak maintain diri bukan senang. Nak nampak remaja itu tidak mudah. Ini sangat tak kelakar. Dan yang pastinya..takkan cuba nak kerat rambut dengan fesyen yang mengarut supaya muka nampak macam "pinggan"*

Thursday, May 17, 2012

JB Unplanned trip

I always wanted to bring her back to my hometown.
Spending some quality times with my family and granted her wish to meet Todt.
Finally, the day has arrived.
It wasn't something that we've planned for a long time.
Since this best friend is always on duty and on call - due to her work..
This is our unplanned trip to Johor Bahru



Ada budak botak terselit kat tengah-tengah

Finally..I've found it! Yippie! I am a proud Johorean!

My fav photos of all . LOL

Bila Polis ajar budak tadika main game

Wednesday, May 16, 2012

Emak dan Cikgu


Emak dan Cikgu.
Dua manusia yang banyak menjadi rujukan dan banyak mengajar aku dalam kehidupan.
Mereka adalah orang-orang yang selalu tidak selari cara pemikirannya dengan aku dan juga paling banyak aku bidas kata-kata mereka sepanjang hidup aku.
Melawan cakap mak...itu perkara biasa..
Lawan cakap cikgu...itu kiranya normal..

Tak perlu nak malu mengaku yang diri sendiri tak berapa suci dan selalu melawan kata-kata emak dan cikgu.
Dari dulu sampai sekarang, aku yang terkenal dengan perangai outspoken dan kadang kala melampaui batasan norma kehidupan, aku mengaku yang melawan cakap mereka adalah salah satu akibat daripada hati dan jiwa muda yang selalu memberontak
Sampailah kini.
Walaupun cikgu secara formalnya sudah tiada dalam kehidupan seharian..
cakap emak selalu aku bidas juga.
Mentaliti yang berbeza selalunya menjadi sebab musabab kenapa aku meninggikan suara terhadap mereka.

Berdosa.
Ya.
Aku tahu..itu pasal selepas terjerit pekik dekat emak atau cikgu-cikgu,
Aku akan mengambil sedikit "time-off" sebelum membuang ego-ego dan kromosom kekerasan hati untuk mengucapkan "I'm sorry" seikhlas hati.
Kalau tak cakap sorry dengan emak, nescaya apa aku buat selepas itu pun susah nak excellent!
Kalau tak cakap sorry dengan cikgu..keberkatan pembelajaran itu tidaklah diketemui,
Percayalah..daulat seorang ibu dan guru-guru yang sentiasa ikhlas dalam mengajar, mendidik dan menahan segala perangai kesetanan anak dan murid seperti aku tiada tolok bandingnya.

Siapa yang tak sayang emak?
Sedangkan binatang pun sayang emaknya..
Manusia yang membawa kau dengan susah payah selama 9 bulan..
Berat dan derita (aku rasa--based daripada membacaan dalam internet dan pengalaman rakan-rakan sekeliling yang menggambarkan erti keperitan dan magisnya mengandung!)
Dah lah bawak perut, nak keluarkan pulak satu hal lagi...Jihad mereka sebagai seorang manusia dimuka bumi tuhan ini tiada dapat dibandingkan dengan apa-apa sekalipun.
Dalam pantang, nak melayan kerenah makan minum..tanggung dan jawab serta kasih sayang pada si baby yang akhirnya dah sebesar aku..melawan macam "anakku sazali"
Subhanallah..
Kalau nak diikutkan..dosa-dosa dekat mak..tak mungkin tertanggung oleh diri sendiri
Dan magiknya manusia bergelar emak ini..Mereka dikurniakan hati yang sangat lembut dan bisa memaafkan anak-anak separa derhaka seperti aku..
Air mata nak meleleh pulak sambil menaip. Ah..abaikan..

Kehidupan bermula sesaat kita semua dilahirkan.
Manusia pertama yang kita kenal adalah -emak.
Hanya ada satu..tiada dua..tiada tiga.. (walaupun akan datang bapak kau kahwin lain)
Emak adalah guru pertama untuk setiap manusia dalam dunia.
Kasih sayang dan keikhlasan seorang emak is PRICELESS!

Cikgu juga manusia bergelar guru dalam pendidikan formal seusia 6tahun.
Dalam hidup aku, pengiktirafan yang diberikan kepada manusia-manusia ini adalah kedua tertinggi selepas emak.
Bayangkan kalau emak kita tak ada guru..? dan kita pun tak ada guru??
Macammana agaknya dunia ni jadinya?
Walaupun aku seorang anak murid yang tak pernah menjadi favourite pada mana-mana sekolah dan kelas yang aku duduki..
Aku bangga, kebanyakkan cikgu kenal nama dan muka aku.
Tak kiralah reputasi sewaktu bergelar pelajar tidak segah mana..
Namun, kenangan menjadi seorang budak sekolah yang tamat belajar sampai ke peringkat degree..adalah satu kebangaan yang perlu aku kongsi dengan semua guru-guru dan lecturer serta tutor-tutor aku bermula dari Tadika Kemas, Taman Dewan Jaya Johor Bahru-- SRK IJ Convent, Johor Bahru-- SKP SEDC,Johor Bahru--SMK Seri Rahmat,Johor Bahru--SM Teknik Tg Puteri,Johor Bahru-- Limkokwing University of Creative Technology,Cyberjaya sehinggalah ke Curtin University of Technology, W.A.

Secara konklusinya...
Emak sememangnya tidak boleh diganti dan sentiasa dirujuk setiap masa...
Cikgu juga berjasa besar dalam konteks kehidupan sehari-hari.

Selamat hari Ibu, Sharimah GulamShah..
Moga Tuhan memberkati hidupmu dan moga diberikan kesenangan dan ketenangan yang tidak ada bandingannya..

Selamat hari guru, wahai cikgu-cikguku..
Jasa dan ikhlasnya hati kalian...tidak mampu dibalas dengan sekadar ucapan
Moga kalian dilindungi dan disenangkan dalam kehidupan.

Terima kasih emak dan cikgu.
Segalanya akan akan aku ingat sampai akhir nanti.

Ini dia emak aku yang selalu aku lawan cakapnya, tak sebulu bahasa kami, tak selalu seia sekata tapi kami mencintai antara satu sama lain.
I know you love me, Mummy!

*sorrylah. Gambar dengan cikgu tak ada sebab cikgu tak suka aku dan aku pulak tak berapa berkenan dengan cikgu :P

Chin up

Tak semena-mena JK pun datang.
Tak perlu malu nak menghadapi taraf penurunan emosi.
As a woman, you deserved to be emotional.
dan selalunya alasan "dah dekat nak period" adalah menjadi satu sebab popular dikalangan wanita serata dunia...
Sila ketawakan aku tentang fakta dan realiti kehidupan yang tak mungkin boleh disangkal.

Kadang-kala sebagai manusia yang sememangnya tak sempurna..
Visor yang digunakan untuk menutup kelemahan diri retak juga ada ketikanya.
Jangan segan nak menyatakan bila diri dirundung kemurungan secara tidak langsung.

Berbicara dengan manusia-manusia rapat yang adakalanya mendatangkan kebaikan mampu membuat kita naikkan dagu dan pandang ke depan.
Hidup ini tak selalunya cerita.
Gembira tiba pada sesetengah masa dan sedih tak selalunya berada disitu.
Cuma satu, mujur diri masih bernafas dan berjaya lagi mencelikkan mata menikmati sebuah kehidupan.

Chin up tidaklah semudah yang disangkakan.
Hanya diri sendiri perlu dipsyko dengan kegembiraan yang sedia ada.
Walaupun tak ada plan hidup jangka masa panjang, apa yang ada kita redah aje. :)
Take things easily since this is the life that you choose to be in.
Kenapa nak membandingkan diri dengan orang lain.
Walaupun hidup tak sesempurna mana,
Alhamdulillah apa yang diri sendiri dapat...tak sama hebatnya dengan apa yang orang lain ada.
Rezeki itu kerja tuhan.
Bahagia itu kita yang memilihnya.
Dia takkan ubah nasib dan berdoalah untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang lain.

Rewangan fikiran kadang kala diluar jangkaan.
Repekan hati yang dizahirkan melalui tekanan di keyboard tak mampu ditafsirkan sepenuhnya.
Ucaplah syukur selagi terdaya.

Rabu sudah.
Dua hari lagi, cuti semula! Yippie!

Thursday, May 10, 2012

Simpan aku dalam hati...


Sebagai seorang perantau,
aku rasa manusia yang paling dekat dengan aku adalah kawan-kawan.
Bukan mak..bukan abah..bukan adik beradik..bukan sedara mara..
Hanyalah kawan-kawan.

Friendship is something that i treasure most in my life.
Ingat senang ke nak rasa senang berkawan dengan orang?
Ingat mudah ke orang lain nak rasa selesa dengan kita?

Tanpa ada apa-apa "udang disebalik mee" atau hidden agenda yang lain?
Especially untuk perempuan yang hoohaa-hoohaa dan easy going macam aku?
Susah.Payah sebenarnya.

Berkawan dengan perempuan lain adalah salah satu challenge untuk aku.
Dengan perwatakan yang "outspoken"...Rata-rata ramai perempuan tidak senang untuk menjadikan aku kawan
Jauh sekali untuk menjadikan aku BFF. *Bluwekkk*
Susah untuk aku bersahabat rapat dengan perempuan-perempuan lain.
Agak derita untuk aku menyesuaikan diri dengan mereka kerana mentaliti aku selalunya berbeza dengan orang lain.

Tapi bila ada yang "ngam" dan sekepala.
Aku akan jaga mereka sebaik dan seikhlas yang boleh.

Kawan perempuan susah nak dapat..
Kadang-kadang dah dapat..nak jaga friendship tu susah bila masing-masing dah melalui fasa kehidupan yang berbeza.
That is when we stop talking the same language.

Lantas, kekekokan akan terjadi dan tiada pertelagahan mulut atau mana-mana pihak yang tarik lengan baju untuk bergusti..
Tapi..masing-masing akan paham dan mengerti.

Aku bukan mempersoalkan "kenapa fasa kehidupan kami berbeza?"
Itukan pilihan masing-masing.
dan persahabatan ini pun ada pasang surutnya.
Bahasa bila dah tak sama..
Apa yang kita lalui semua dah berbeza..
Tanggungjawab dah tak sama tarafnya..
Aku rasa..

Lebih elok kita cari manusia yang seangkatan dengan kita untuk meluah rasa.

Sebab orang perempuan bukan macam lelaki..
Perempuan ni bila berkawan pun main emosi.
Kalahkan couple yang bercinta berhari-hari..
Orang lelaki lebih praktikal daalam kehidupan diri..
Itu bezanya dan aku kini lebih mengerti..

Jurang yang dah jadi tak boleh nak dirapatkan dengan sehari...
Turun naik persahabatan ini normal dalam hidup sehari-hari..
Mungkin hari ni bahasa dan lingo kita tak sama lagi..
Sepuluh tahun akan datang..mungkin kita masih boleh berbicara lagi?

Kawan-kawan aku adalah famili.

Terima kasih kerana menjadikan aku kawan..sahabat yang mampu buat kau tersenyum dan ketawa sendiri..
Walaupun kita tak bercakap sehari..sebulan..ataupun seabad lamanya..
Simpanlah aku dalam hati. :)

*Posting ni buat aku ketawa sendiri. Terima kasih wahai miss vkisstory ;-)

Tuesday, May 8, 2012

Coco and Mini - Belated Birthday Celebration

Date: 5th May 2012
Venue: Delicious, Bangsar Village 2

Happy 29th Birthday Coco!

Happy 23rd birthday, Mini!

Esah, Me, Coco, Mini

^_^

3 years of friendship ;-)
Love you guys!

Tuesday, May 1, 2012

Unwind and overcome.

5 days of leave make me gone crazy.
Really.
I realised this when I easily get cranky and clingy all of the sudden.
It is a sign of me being a workaholic now?
I don't know..

I rectified the problems.
Emotionally unstable just because I got nothing to do..
Surrounded by family means my time occupied with lots of activities.
However, I fell sick while they are here..
Why all these happened during this long holiday?
I get bored, I supposed?

I realised that how big is my work reflects my life.
Means that..my job is actually conquer 90% of my entire life.
Is practically not healthy.
But somehow..I enjoyed working that much since I don't have any daily responsibility except for myself.
Living alone makes you think and understand that by the end of the day..
You'll be alone by yourself..no matter how many people are around you.

I'll overcome this minor problem with the best solution..
Sitting around doesn't bring you anywhere..
Things won't be changed by itself.
Plus, we are the one who can dictate our life..no one else. ;)

I believed..this is just a phase of life.
:)

Happy Labour day, people!
Its already May, okay? *_*

•Lea@Alia•Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.