Sebagai seorang perantau,
aku rasa manusia yang paling dekat dengan aku adalah kawan-kawan.
Bukan mak..bukan abah..bukan adik beradik..bukan sedara mara..
Hanyalah kawan-kawan.
Friendship is something that i treasure most in my life.
Ingat senang ke nak rasa senang berkawan dengan orang?
Ingat mudah ke orang lain nak rasa selesa dengan kita?
Tanpa ada apa-apa "udang disebalik mee" atau hidden agenda yang lain?
Especially untuk perempuan yang hoohaa-hoohaa dan easy going macam aku?
Susah.Payah sebenarnya.
Berkawan dengan perempuan lain adalah salah satu challenge untuk aku.
Dengan perwatakan yang "outspoken"...Rata-rata ramai perempuan tidak senang untuk menjadikan aku kawan
Jauh sekali untuk menjadikan aku BFF. *Bluwekkk*
Susah untuk aku bersahabat rapat dengan perempuan-perempuan lain.
Agak derita untuk aku menyesuaikan diri dengan mereka kerana mentaliti aku selalunya berbeza dengan orang lain.
Tapi bila ada yang "ngam" dan sekepala.
Aku akan jaga mereka sebaik dan seikhlas yang boleh.
Kawan perempuan susah nak dapat..
Kadang-kadang dah dapat..nak jaga friendship tu susah bila masing-masing dah melalui fasa kehidupan yang berbeza.
That is when we stop talking the same language.
Lantas, kekekokan akan terjadi dan tiada pertelagahan mulut atau mana-mana pihak yang tarik lengan baju untuk bergusti..
Tapi..masing-masing akan paham dan mengerti.
Aku bukan mempersoalkan "kenapa fasa kehidupan kami berbeza?"
Itukan pilihan masing-masing.
dan persahabatan ini pun ada pasang surutnya.
Bahasa bila dah tak sama..
Apa yang kita lalui semua dah berbeza..
Tanggungjawab dah tak sama tarafnya..
Aku rasa..
Lebih elok kita cari manusia yang seangkatan dengan kita untuk meluah rasa.
Sebab orang perempuan bukan macam lelaki..
Perempuan ni bila berkawan pun main emosi.
Kalahkan couple yang bercinta berhari-hari..
Orang lelaki lebih praktikal daalam kehidupan diri..
Itu bezanya dan aku kini lebih mengerti..
Jurang yang dah jadi tak boleh nak dirapatkan dengan sehari...
Turun naik persahabatan ini normal dalam hidup sehari-hari..
Mungkin hari ni bahasa dan lingo kita tak sama lagi..
Sepuluh tahun akan datang..mungkin kita masih boleh berbicara lagi?
Kawan-kawan aku adalah famili.
Terima kasih kerana menjadikan aku kawan..sahabat yang mampu buat kau tersenyum dan ketawa sendiri..
Walaupun kita tak bercakap sehari..sebulan..ataupun seabad lamanya..
Simpanlah aku dalam hati. :)
*Posting ni buat aku ketawa sendiri. Terima kasih wahai miss vkisstory ;-)