Wednesday, May 16, 2012

Emak dan Cikgu


Emak dan Cikgu.
Dua manusia yang banyak menjadi rujukan dan banyak mengajar aku dalam kehidupan.
Mereka adalah orang-orang yang selalu tidak selari cara pemikirannya dengan aku dan juga paling banyak aku bidas kata-kata mereka sepanjang hidup aku.
Melawan cakap mak...itu perkara biasa..
Lawan cakap cikgu...itu kiranya normal..

Tak perlu nak malu mengaku yang diri sendiri tak berapa suci dan selalu melawan kata-kata emak dan cikgu.
Dari dulu sampai sekarang, aku yang terkenal dengan perangai outspoken dan kadang kala melampaui batasan norma kehidupan, aku mengaku yang melawan cakap mereka adalah salah satu akibat daripada hati dan jiwa muda yang selalu memberontak
Sampailah kini.
Walaupun cikgu secara formalnya sudah tiada dalam kehidupan seharian..
cakap emak selalu aku bidas juga.
Mentaliti yang berbeza selalunya menjadi sebab musabab kenapa aku meninggikan suara terhadap mereka.

Berdosa.
Ya.
Aku tahu..itu pasal selepas terjerit pekik dekat emak atau cikgu-cikgu,
Aku akan mengambil sedikit "time-off" sebelum membuang ego-ego dan kromosom kekerasan hati untuk mengucapkan "I'm sorry" seikhlas hati.
Kalau tak cakap sorry dengan emak, nescaya apa aku buat selepas itu pun susah nak excellent!
Kalau tak cakap sorry dengan cikgu..keberkatan pembelajaran itu tidaklah diketemui,
Percayalah..daulat seorang ibu dan guru-guru yang sentiasa ikhlas dalam mengajar, mendidik dan menahan segala perangai kesetanan anak dan murid seperti aku tiada tolok bandingnya.

Siapa yang tak sayang emak?
Sedangkan binatang pun sayang emaknya..
Manusia yang membawa kau dengan susah payah selama 9 bulan..
Berat dan derita (aku rasa--based daripada membacaan dalam internet dan pengalaman rakan-rakan sekeliling yang menggambarkan erti keperitan dan magisnya mengandung!)
Dah lah bawak perut, nak keluarkan pulak satu hal lagi...Jihad mereka sebagai seorang manusia dimuka bumi tuhan ini tiada dapat dibandingkan dengan apa-apa sekalipun.
Dalam pantang, nak melayan kerenah makan minum..tanggung dan jawab serta kasih sayang pada si baby yang akhirnya dah sebesar aku..melawan macam "anakku sazali"
Subhanallah..
Kalau nak diikutkan..dosa-dosa dekat mak..tak mungkin tertanggung oleh diri sendiri
Dan magiknya manusia bergelar emak ini..Mereka dikurniakan hati yang sangat lembut dan bisa memaafkan anak-anak separa derhaka seperti aku..
Air mata nak meleleh pulak sambil menaip. Ah..abaikan..

Kehidupan bermula sesaat kita semua dilahirkan.
Manusia pertama yang kita kenal adalah -emak.
Hanya ada satu..tiada dua..tiada tiga.. (walaupun akan datang bapak kau kahwin lain)
Emak adalah guru pertama untuk setiap manusia dalam dunia.
Kasih sayang dan keikhlasan seorang emak is PRICELESS!

Cikgu juga manusia bergelar guru dalam pendidikan formal seusia 6tahun.
Dalam hidup aku, pengiktirafan yang diberikan kepada manusia-manusia ini adalah kedua tertinggi selepas emak.
Bayangkan kalau emak kita tak ada guru..? dan kita pun tak ada guru??
Macammana agaknya dunia ni jadinya?
Walaupun aku seorang anak murid yang tak pernah menjadi favourite pada mana-mana sekolah dan kelas yang aku duduki..
Aku bangga, kebanyakkan cikgu kenal nama dan muka aku.
Tak kiralah reputasi sewaktu bergelar pelajar tidak segah mana..
Namun, kenangan menjadi seorang budak sekolah yang tamat belajar sampai ke peringkat degree..adalah satu kebangaan yang perlu aku kongsi dengan semua guru-guru dan lecturer serta tutor-tutor aku bermula dari Tadika Kemas, Taman Dewan Jaya Johor Bahru-- SRK IJ Convent, Johor Bahru-- SKP SEDC,Johor Bahru--SMK Seri Rahmat,Johor Bahru--SM Teknik Tg Puteri,Johor Bahru-- Limkokwing University of Creative Technology,Cyberjaya sehinggalah ke Curtin University of Technology, W.A.

Secara konklusinya...
Emak sememangnya tidak boleh diganti dan sentiasa dirujuk setiap masa...
Cikgu juga berjasa besar dalam konteks kehidupan sehari-hari.

Selamat hari Ibu, Sharimah GulamShah..
Moga Tuhan memberkati hidupmu dan moga diberikan kesenangan dan ketenangan yang tidak ada bandingannya..

Selamat hari guru, wahai cikgu-cikguku..
Jasa dan ikhlasnya hati kalian...tidak mampu dibalas dengan sekadar ucapan
Moga kalian dilindungi dan disenangkan dalam kehidupan.

Terima kasih emak dan cikgu.
Segalanya akan akan aku ingat sampai akhir nanti.

Ini dia emak aku yang selalu aku lawan cakapnya, tak sebulu bahasa kami, tak selalu seia sekata tapi kami mencintai antara satu sama lain.
I know you love me, Mummy!

*sorrylah. Gambar dengan cikgu tak ada sebab cikgu tak suka aku dan aku pulak tak berapa berkenan dengan cikgu :P