Wednesday, May 16, 2012

Chin up

Tak semena-mena JK pun datang.
Tak perlu malu nak menghadapi taraf penurunan emosi.
As a woman, you deserved to be emotional.
dan selalunya alasan "dah dekat nak period" adalah menjadi satu sebab popular dikalangan wanita serata dunia...
Sila ketawakan aku tentang fakta dan realiti kehidupan yang tak mungkin boleh disangkal.

Kadang-kala sebagai manusia yang sememangnya tak sempurna..
Visor yang digunakan untuk menutup kelemahan diri retak juga ada ketikanya.
Jangan segan nak menyatakan bila diri dirundung kemurungan secara tidak langsung.

Berbicara dengan manusia-manusia rapat yang adakalanya mendatangkan kebaikan mampu membuat kita naikkan dagu dan pandang ke depan.
Hidup ini tak selalunya cerita.
Gembira tiba pada sesetengah masa dan sedih tak selalunya berada disitu.
Cuma satu, mujur diri masih bernafas dan berjaya lagi mencelikkan mata menikmati sebuah kehidupan.

Chin up tidaklah semudah yang disangkakan.
Hanya diri sendiri perlu dipsyko dengan kegembiraan yang sedia ada.
Walaupun tak ada plan hidup jangka masa panjang, apa yang ada kita redah aje. :)
Take things easily since this is the life that you choose to be in.
Kenapa nak membandingkan diri dengan orang lain.
Walaupun hidup tak sesempurna mana,
Alhamdulillah apa yang diri sendiri dapat...tak sama hebatnya dengan apa yang orang lain ada.
Rezeki itu kerja tuhan.
Bahagia itu kita yang memilihnya.
Dia takkan ubah nasib dan berdoalah untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang lain.

Rewangan fikiran kadang kala diluar jangkaan.
Repekan hati yang dizahirkan melalui tekanan di keyboard tak mampu ditafsirkan sepenuhnya.
Ucaplah syukur selagi terdaya.

Rabu sudah.
Dua hari lagi, cuti semula! Yippie!