Drama dalam hidup hari-hari memang tak sama.
Sebabnya? Hidup kan macam rollercoster.
Sekejap kat atas, sekejap kat bawah.
Tak selalu bahagia datang menjelma dan derita itu tak sentiasa bersama.
Sejak duduk sendiri ni, aku banyak bermonolog entah apa-apa.
Bukan jiwa kacau
Tapi muhasabah diri dengan pelbagai perkara yang lepas-lepas.
Pernah tak jadi dekat korang?
Otak menerawang ke suatu ketika yang kau rasa sangat berdosa?
Nak menyesal?
Tak ada gunanya.
Inilah akibat takde travel sepanjang dua bulan.
Terlampau banyak masa untuk bagi fikiran memikirkan yang bukan-bukan.
Kalau dilayan..boleh jadi meroyan.
Setiap cerita kehidupan ada dramanya.
Jangan salahkan sesiapa.
Percaya pada ketentuan dan hanya usaha, doa dan tawakal serta dengan izinNya sahajalah
Segala-galanya boleh berubah dengan sekelip mata.
Aku takut.